SALAM 1 MAlAYSIA
Assalamualaikum..
 
Hidup di muka bumi ini memang sentiasa ada saja sikap kita yang kurang elok...bila kita sudah berharta dan kaya janganlah kita mempunyai sikap bermegah-megah,sombong,riak atau bangga diri kerana semua sikap ini tidak menjamin kebahagiaan berpanjangan...sikap bermegah-megah ini memang menjadi salah satu sikap yang ada pada semua manusia di dunia ini...

oleh itu jauhilah sikap bermegah-megah ini kerana semua harta kita itu tidak boleh kita bawa ke liang lahat dan Allah boleh menarik semula semua harta yang telah DIA berikan pada kita ini dengan hanya sekelip mata saja...oleh itu sentiasalah mengingati Allah samada dalam keadaan susah atau pun senang semoga kita akan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat...


Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Sesiapa yang mencari harta dunia untuk berbangga-banga ke atas orang lain,untuk menjadi kaya untuk mendapat nama,walaupun dengan cara yang halal dia akan bertemu Allah s.w.t dalam keadaan Allah akan sangat murka terhadapnya.."

"Dan sesiapa yang mencari dunia dengan cara yang halal bertujuan supaya dia tidak perlu meminta-minta kepada orang lain,untuk mencari rezeki kepada ahli keluarga dan supaya dia mampu melakukan kebajikan kepada jiran tetangga maka pada hari kiamat dia akan bertemu Allah s.w.t dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.."(HR Baihaqi) 

jelas sekali hadis di atas memang melarang kita dari bersikap bermegah-megah...bekerja dan berusaha untuk memcari kekayaan di dunia ini tidak dilarang selagi tujuan mencari kekayaan yang akan diperolehi bukan untuk tujuaan bermegah-megah...sifat bermegah-megah ini adalah sifat mazmumah yang amat dibenci oleh Allah s.w.t...

p/s peringatan utk semua n utk diri sendiri juga...