SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam kimchi yang diorder dari teman blogger Rai @ Siti Zainon Jamin telah selamat sampai ke tangan mama...alhamdullilah rasa kimchinya yang cukup sedap...barulah kami sekeluarga dapat merasa bagaimana rasa kimchi yang selalu mama dan anak-anak tengok di dalam drama Korea tu...

bila dah merasanya barulah terasa puas dihati...nak membeli di pasaraya tu bukannya apa ! takut dan terasa was-was juga ! kekadang tu ada juga anak-anak dok sibuk suruh mama membelikan kimchi yang ada dipasaran tu.. 

biasalah kita tak tahu bagaimana cara dan apa bahan yang digunakan untuk membuatnya ! halal ke tidak benda tu ! bila mama dah tahu ada blogger yang menjualnya barulah mama cuba membuat tempahan...kiranya dapat jugalah anak-anak merasa bagaimana rasanya kimchi korea tu..puas hati mereka sekarang kerana dah dapat merasa kimchi itu sendiri....

pada kawan-kawan yang teringin nak merasa bagaimana rasanya kimchi tu boleh la cuba menempahnya di sini...resepi dan cara-cara untuk membuat kimchi pun ada disediakan kalau teringin bolehlah mencubanya sendiri yer...