ALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Singgah ke blog blogger atuk-phd.blogspot.com tadi ada satu perkongsian yang baik untuk kita semua...di sini mama pun nak sharekan bersama kawan-kawan semuanya dan eloklah kita amalkan buat arwah ibu bapa kita yang telah tiada...semoga kita akan selalu menjadi anak yang soleh dan solehah buat arwah ibubapa kita...

Amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia..
1-Solatkan untuk mereka
2-Mohon keampunan untuk mereka
3-Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan
4-Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan
5-Muliakan teman-teman mereka
6-Doakan kepada mereka.Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk kedua ibubapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka.

Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.

1-Banyakkanlah bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama,masjid,rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang islam) niatkan untuk mereka.
2-Sedekahkan Al-Quran,buku-buku agama ke sekolah atau maahad tahfiz atau masjid-masjid niatkan mereka.
3-Selalulah sedekahkan al-Fatihah ,surah al-Ikhlas,surah al-Falaq,surah an-Nas,surah Yassin,al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka.Sebaik-baiknya yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.