SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Malang x berbau !!

tu lah peribahasa yang paling sesuai untuk cerita ini...dan semalam malang tu dah pun berbau pada hubby ! Nak buat lawak pula mama nikan....kejadian ni berlaku di Bandar Baru Uda kat Tampoi..hubby mama sebenarnya keluar makan bersama clientnya di sebuah kedai makan tapi secara tiba-tiba ada seorang lelaki telah memecahkan tingkap kereta belakang...Apa lagi gempar sekejaplah masa tu...


Nasib baik tiada barang lain yang hilang dan rupa-rupanya lelaki itu adalah seorang mat gian yang ingin mencuri jaket yang terletak di seat belakang yang disangkakannya sebuah handbag....


Pencuri itu pun telah dapat ditangkap dengan bantuan orang ramai  yang ada berdekatan di tempat kejadian dan pencuri itu telah diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya...Ingatlah kekawan janganlah meninggalkan sebarang barang yang berharga  di dalam kereta semasa kita meletakkan kereta dimana-mana kerana itu semua akan mengundang bahaya...

p/s berhati-hatilah sebelum terjadi...