SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Di sini mama nak review sikit tentang Hotel Legoland yang baru ini dan baru-baru ini mama dan family dapat menginap di sini..Hotel Legoland ini letaknya di Nusajaya Johor bersebelahan dengan Legoland Park juga Legoland Waterpark...

sebelum ini ada entri ini yang mana mama akan reviewkan tentang hotel inikan...jadi hari ni mama nak bagitahu dan nak tunjukkan kat kawan-kawan semuanya bagaimana dalaman hotel ini yer...jom mama tunjukkan ruang legar lobi hotel ini dulu tau......

Hari sabtu lepas mama dan family telah dapat berehat dan menginap di Hotel Legoland selama 3 hari 3 malam..seronok dan teruja rasanya dapat merasai suasana hotel yang baru ini...hotel ini masih belum dibuka untuk orang luar menginap tetapi ianya akan dibuka juga pada bulan 12 nanti...pada kawan-kawan jangan lupa datang yer dan rasailah sendiri keadaan dan suasananya...

sebenarnya sesi percubaan pertama di hotel ini diberikan pada staff Legoland sahaja dan staff Legoland yang menginap di sini dijadikan model untuk sesi percubaan pada staff-staff yang bekerja di hotel ini...minggu ini sesi percubaan untuk press dan wartawan pula...

masuk ke ruang legar atau lobinya dah membuatkan mama dan pengunjung yang lain teruja sangat untuk merasai dan memasuki ruangan bilik-bilik yang disediakan di hotel ini...pada kawan-kawan yang ingin merasai keterujaan itu juga bolehlah datang menginap di Hotel Legoland ini nanti yer dan rasailah kelainannya bila berada di dalam bilik-bilik yang telah disediakan...



Inilah pintu masuk ke ruang legar lobi hotel ini...semua reka bentuknya memang menarik dan terdapat banyak benda buatannya adalah daripada brick-brick lego....











Inilah dia beribu-ribu minifigure lego yang diletakkan dibelakang kaunter di lobi hotel ini..fungsi minifigure berbasikal bergerak ini diletakkan tergantung di atas itu adalah supaya pengunjung dapat melihat lebih besar minifigure yang terletak dibelakang itu melalui kanta pembesar yang dipasang didepan dan dibelakang rim basikal itu...



Binaan istana di ruangan legar lobi hotel ini memang disediakan untuk pengunjung dan kanak-kanak bermain...kanak-kanak pasti menyukainya dan boleh juga mengambil gambar di sini...


Kaunter reception untuk check in atau check out...tapi yang jadi model tak berbayar kat atas tu bukan staff legoland yer...hehehe nak menyamar jer boleh la...


Sambil menunggu di lobi hotel ini terdapat banyak brick-brick lego disediakan untuk pengunjung melekatkan sendiri brick lego ditiang ini...inilah masa mama nak berehat sambil menunggu anak mama mengambil kunci bilik hotel sambil melekatkan brick-brick  lego itu...seronok juga la sesekali jadi kanak-kanak bermain brick-brick lego ni...hubby pula dok leka juga tapi leka dengan handphone saja...


replika kapal lanun ini pun ada di ruang legar atau lobi hotel ini...tu dia karpet kat bawah tu pun ada gambar brick lego...menarikkan bila tengok suasana di dalam lobi hotel ini...teruja tak kawan-kawan nak datang ke mari...sekali sekala merasai suasana mendamaikan di sini apa salahnya kan...pada kawan-kawan yang berdekatan Johor dan teringin melihat hotel ini bolehlah ke lobi hotel ini sambil mengambil gambar dan bersiar-siar..


kawasan permainan buat kanak-kanak bermain pun ada juga disediakan...bahan-bahan yang diletakkan di sini semuanya lembut dan ianya amat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak bermain...


tengoklah tu Awisy seronok sangat dia dapat bermain dengan brick-brock lego tu...semuanya diperbuat dari bahan yang lembut dan amat sesuai untuk kanak-kanak bermain di sini...

lepas ni mama tunjukkan pula kawasan bilik penginapannya pula yer...nak draf sekali dan nak masukkan gambar terus masih tak berkesempatan disebabkan sibuk melayan 2 kanak-kanak kecik di rumah ni...


p/s kita jumpa lagi entri seterusnya yer...