Assalamualaikum...
Kenapa ek setiap pengorbanan yang kita lakukan masih tidak dipandang oleh insan yang kita bantu dan tolong itu...walaupun kita tidak mengharapkan balasan atas apa yang kita lakukan itu tapi sekurang-kurangnya ucapkanlah kata-kata semangat atau ucapkanlah ucapan terimakasih pada kita kerana itu semua sudah lebih bermakna buat kita...
Ada juga insan-insan yang berperangai begini pada orang yang telah menolongnya..bila sudah berjaya bertegus sapa atau memandang kita pun dia tak mahu bahkan berselisih bahu ketika berjalan pun masih buat-buat tak nampak dan tak pandang...
Biarlah mereka dengan dunia sementara ini ! bila Allah hendak mengambil nyawa manusia ini semua harta dan semua benda di dunia ini tidak akan boleh di bawah sama ke alam sana hanya amalan dan ibadat yang kekal selamanya...wahai ! temanku ingatlah Allah itu Maha Mengetahui apa yang telah kita lakukan di dunia ini.. dan kita hidup di dunia ini hanya sementara tidak selama-lamanya hidup kita akan menongkat dunia ini...
sedarlah wahai teman ! jangan terlalu taksub dengan kekayaan dan kejayaan yang telah kau perolehi itu ingatlah kejayaan yang kau perolehi itu adalah bantuan ikhlas dari teman mu yang hina ini...Allah akan sentiasa ada dimana-mana jua kita berada dan Allah jugalah yang akan mengambil apa yang kau perolehi itu jika kau sentiasa dalam sikap taksub,sombong,bongkak dengan semuanya ini...
Bukan mendoakan tapi sekadar merasakan betapa kesombongan mu itu pasti akan memakan harga diri dan harta keduniaan mu sendiri pada suatu hari nanti...moga cepat-cepatlah kau sedar wahai teman sebelum ianya terlambat...jadilah seorang teman yang mulia hati budi pekertinya kerana Allah akan tetap menyayangi kita selamanya..biarlah kita buruk rupa tapi jangan kita buruk hati sudahlah...
p/s peringatan untuk semua juga utk diri sendiri...
8 Comments
memang selalu macam tu mama..
ReplyDeletebiar lembut hati bukan busuk hati ^^
ReplyDeleteBagai kacang lupakan kulit.. begitulah manusia kak.. nmpak dunia depan mata..smua tinggal..
ReplyDeleteperkara biasa dalam kehidupan mama...
ReplyDeleteterima kasih mama maszull kerana perkongsian yg cukup bermakna ini.ingatan buat kita semua sbg hamba dimuka bumi ini
ReplyDeleteItulah Mas kenapa masih ada insan-insan yg lupa seperti itu. Sebenarnya tak rugi pun kalau tak sombong bahkan makin disayangi.
ReplyDeletememang ada antara kita yang selalu TERlupa akan diri ..cuma mungkin adakalanya kita perlu mengingatkan mereka kembali agar sentiasa berada dilandasan yang betul...
ReplyDeleteTQ for sharing mama dan saling mengingati... :-)
manusia ni ada sifat pelupa..sebab tu la :)
ReplyDeletePost a Comment