SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Selamat pagi kekawan mama semua..!! dah lama tak bersiaran di blog kesayangan mama ni dah penuh bersarang rupa2nya...maaf yer kerana lama juga tidak berblogwalking ke blog kekawan mama semua inshaAllah jika berkesempatan mama akan singgah juga ke rumah jiran-jiran mama semua...

disebabkan masa dan keadaan membuatkan mama tidak dapat berBW...menjaga cucu kesayangan mama ni yang dah semakin lasak sekarang ni membuatkan kekadang mama tiada masa untuk berBW..jika ada masa nanti akan mama terjah juga ke blog kekawan alam maya ini...

itulah proses pembesaran seorang cucu kesayangan terpaksa berkorban masa untuk melihat Awisy membesar...tak sangka sekejap jer masa berlalu dah setahun rupa-rupanya dan hari ini adalah ulang tahun kelahiran pertama cucu kesayangan mama yang dah semakin lasak ni...

sabtu lepas ada sedikit besday party buat Awisy dan terlanjur tu terus buat rumah terbuka sekali...nantilah ceritanya akan mama updatekan dientri akan datang...


selamat hari lahir Muhammad Darwisy Zulkarnain grandma doakan Awisy membesar menjadi seorang anak yang soleh, sentiasalah menghormati papa mama,grandpa grandma,aunty dan cuney yer dan membesarlah menjadi orang yang berguna di masa hadapan nanti...Amin
Grandma sayang Awisy sesangat...

p/s entri hari lahir Awisy pula lepas ni...