SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Semakin hari sudah semakin lasak budak kecik sorang ni...lepas satu perkara,satu perkara lagi Awisy dapat tahu dan dah semakin pandai budak kecik sorang ni mempelajarinya..kali ni dah tahu memanjat anak tangga pula...pantang jer kita lepa sekejap pasti Awisy dah naik 2 ke 3 anak tangga..

kalau dibiarkan pasti sampai atas la die menaiki tangga tu.. memang bahaya la budak kecik sorang ni...lepas ni kena la carikan gate penghalang kat tangga tu supaya Awisy tak boleh naik lagi....


Semakin dah besar ni makin dah bertambah akal rupanya budak ni...jadi lepas ni grandmanya kenalah lebih berhati-hati lagi la jawabnya...penat dan letih juga menjaga si kecik ni sekarang, rasa nak pengsan grandma dibuatnya..belum lagi dapat berjalan ni kalau tidak, lagi la kelam kabut dibuatnya...Awisy!Awisy! Lepas ni entah apa la pula aktiviti seterusnya die..

P/s dah lama tak jaga budak kecik ni letih badan dibuatnya....