Assalamualaikum....
Pada hubby mama dan hubby kekawan semua jom kita tengok tips-tips dibawah ni adakah suami kita ada dalam golongan suami yang romatik atau tidak yer...dan untuk bakal suami dan yang dah jadi suami tu jom kita tengok tips-tips bagaimana nak menjadi seorang suami yang romatik...sumber Rahsia Perkahwinan
1-Rajin Beri Bunga
Biasakanlah memberi bunga pada pasangan tak perlu tunggu hari lahir atau ulangtahun perkahwinan..bukan untuk memberi sejambak bunga tapi cukup sekadar sekuntum sudah memadai dan ianya akan membuatkan pasangan anda berasa diawang-awangan dan tersenyum memanjang.
2-Ungkapkan ucapan sayang
Jangan pernah bosan untuk ungkapan kata-kata sayang,cinta atau rindu pada pasangan..kalau tak dapat ucapkan face to face boleh hantar sms atau paling manis tuliskan note kat kertas letakkan dimana saja yang sesuai dimeja solek ke,tepi katil ke,atas bantal ke itulah romantik namanya...
3-Pandang mata pasangan
Jika hendak berbual atau bercakap dengan pasangan kita pandanglah tepat ke anak matanya dan pandanglah dengan penuh kasih sayang yer..
4-Bicara dengan lembut
Berbicaralah dengan pasangan dengan kata-kata bahasa yang lembut dan nada yang rendah jangan sesekali menengking pasangan anda..
5-Berpimpin tangan
Pimpinlah tangan pasangan semasa berjalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika berjalan bersama anda..
6-Sentiasa senyum
Sentiasalah mengukir senyuman kepada pasangan dan berikanlah senyuman seiklas dan semanis yang boleh jadi bila pasangan kita hendak marah pun pasti tidak akan menjadi kemarahannya itu apabila melihat senyuman anda yang menawan dan memikat itu...
7-Pakaian sedondon
Biasakanlah memakai pakaian sedondon dengan pasangan anda ataupun jika tidak sama pilihlah warna yang sama dengan pakaian pasangan anda dan jika kita mempunyai anak pakaikan anak juga dengan pakaian atau baju berwana yang sama dengan kita itu juga membuatkan kita kelihatan begitu sweet gayanya..
8-Kunjungilah tempat yang romatik
Sesekali bawa pasangan anda ke tempat-tempat peranginan yang romatik pada hari lahir atau ulangtahun perkahwinan atau membawa pasangan bercuti ke tepi pantai atau ke tempat-tempat bercuaca sejuk dan menarik...
9-Memberi kejutan
Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulang tahun perkahwinan anda atau sediakan hadiah istimewa buat pasangan kita mesti tangkap jiwang nyer pasangan anda bila dilayan dengan cara begitu romantik..
10-Pandai memujuk
Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk janganlah buat tak tahu seolah-olah tiada apa yang berlaku itu memang tak patut...pujuklah dengan kata-kata yang lembut dan buatlah pasangan anda cair dan jatuh cinta kembali dengan anda selamanya..
p/s berbahagianya jika dapat suami romatik ni kan...
21 Comments
bestnya dapat suami romantik, hmmmm, takpelah tunggu kt syurga,( tu kalau masuk surga :( )
ReplyDeleteyang no 7 tu kalau nak bagi sedondon senang je..saya selalu siap-siap letak baju warna sedondon dengan saya atas katil. so lepas mandi husband akan pakai je baju yang saya dah siapkan tu....kekekekkeee...biasa buat macam ni bila time nak keluar jalan-jalan la..tapi tu kalau datang mood rajin,kalau tak rajin hentam jelar labu....ekekekkeee...
ReplyDeletegreat
ReplyDeletebhrp bkl suami sy nnti romantik..hihi
ReplyDeleteApa yg pasti kan Mas nak tahu abang tak pernah bagi kakak bunga. Beli pokok bunga adalah...
ReplyDeletenak simpan artikel ni..esok dah kahwin boleh bagi my hubby baca..ngee >_<
ReplyDeletemama...jom join my 1st GA :)
1st Mini Giveaway by TGLSC
adeiiiii - info yg baik - bestnya dpt pasangan mantik2222 ni.
ReplyDeletehee nanti dah kawin nak buat macam ni la ^^
ReplyDeleteaduiii suami saya tak romantik macam ni tp saya tetap bahagia dengan cara kami... bersyukur adanya suami yg Allah beri sememangnya terbaik...
ReplyDeletethanks for the tip mama.....
ReplyDeleteSalam mama...SA berangan je la nk dpt suami mcm ni...umur pun dh 35 thn..ntah bila nk dpt suami lg..Hihihihi
ReplyDeletebagi saye, cukuplah suami yg sgt lembut pendekatannye. konfem kite akan dpt sume dlm list ni. hee. :)
ReplyDeleteAssalamualaikum, selamat berpuasa :).
ReplyDeleteTerbaik... :)
Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - Norazizah
Assalamualaikum mama...tips yang bagus
ReplyDeleteSinggah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - MOMOY blogirl
ReplyDeleteselamat berpuasa sis
momoy singgah dan follow =)
wah..kena praktik ni..hehehe..0
ReplyDeletewah... boleh diamalkan ni! tq mama...
ReplyDeletebeznye klo hb mcm tu
ReplyDeletetp ade gak sikit dri situ..hehe
part pegang tanagn time berjalan dia masih malu
mama jemput join:
http://umikasum.blogspot.com/2013/07/cer-teka-gambar_16.html
saya akan berusaha menjadi suami romantik sebegini.. :)
ReplyDeletesalam ramadan mama,singgah jap dari segmen singgah sahur
ReplyDeleteauwww...sweet sgt kalau husband buat mcm ni..hehe
ReplyDeletePost a Comment