Assalamualaikum..
Apabila tiba bulan Ramadhan semua roh akan berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah SWT untuk kembali ke bumi.Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat ataupun ada penjamin yang mendoakan mereka manakala roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka,orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang dilawati itu memberikan hadiah untuk bekalan mereka sehinggalah tibanya hari raya Aidil Fitri.Pada saat inilah mereka akan mengucapkan selamat tinggal pada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka yang masih hidup.
Itulah hikmahnya adanya alam kubur dan alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa-doa orang yang masih hidup.Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia itu masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu jangan biarkan orang yang kita sayang yang telah menghadap Allah terlebih dahulu dari kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.sesungguhnya setelah matinya anak Adam maka terputuslah semua perkara kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh,ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Berikanlah doa-doa pada semua orang yang dah pergi meninggalkan dunia ini lebih-lebih lagi insan yang kita sayangi moga dengan bekalan dari kita itu dapat mengurangkan azab di alam kubur dan lakukanlah dengan ikhlas moga kita mendapat ganjaran pahala kebaikan..
11 Comments
sama2 kita doakan mereka yg telah pergi..
ReplyDeletemoning sis
ReplyDeleteDoa kakak tak putus setiap kali selepas solat buat semua arwah keluarga kakak yg telah tiada Mas. Sebenarnya ada rasa rindu juga pada arwah mak terutamanya..
ReplyDeleteTq share Mama.... Salam Ramadhan, selamat berpuasa.
ReplyDeleterindu dekat arwah yang telah pergi...mesti dia datang jumpa kita kan...
ReplyDeleteAl fatihah untuk roh2 keluarga dan saudara mara kita yea mama.
ReplyDeletesharing is caring
ReplyDeleteinsyaAllah..
ReplyDeleteterima kasih mama utk ingatan ini :)
inshaAllah, tak pernah dilupakan setiap kali dan setiap hari...amin
ReplyDeleteperkongsian sangat baik mama...
ReplyDeleteinsyaAllah...kita semua jadi anak2 yg baik buat ibu bapa....
ReplyDeletePost a Comment