SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Betul la setiap kali drama dari adaptasi novel mesti akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton..tengok jer la drama yang pernah jadi kegilaan para penonton drama Adam dan Hawa,Setia Hingga Hujung Nyawa dan banyak lagi la drama dari novel yang sememangnya best untuk ditonton...kali ni pula drama dari novel Teduhan Kasih pula memang sedang meletop di TV3...

Bila petang pasti semuanya dok menunggu siaran drama ini di hadapan tv... masing-masing tak mahu ketinggalan nak tahu kisah seterusnya..bila tengok watak yang dilakonkan oleh Nabila Huda sebagai seorang kawan yang jahat memang rasa macam benci sangat dengan dia geram betul rasa nak tengok muka dia tapi tabik spring la kat Nabila Huda kerana berjaya melakonkan watak jahat tu dengan jayanya...

begitu juga watak jahat kakak tiri Ifa dan mak tiri pun memang berkesan sekali...rasa nak sepak-sepak jer mulut mak dan kakak tiri Ifa tu...apa-apa pun kita tunggu siarannya petang nanti moga tak ketinggalan episod kali ni yer kekawan semua...tak sabar rasanya nak tahu last episodnya nanti...rasanya nak juga cari dan beli buku novel cerita ni boleh terus baca dan tahu cerita selanjutnya nanti...


p/s nak cari novelnya la...