SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni dapat juga berehat dari kesibukan mama dari menjaga budak kecik 2 orang tu..Aiman Nuqman dan Muhammmad Darwisy Zulkarnain masing-masing di bawah penjagaan mama die orang sebabnya hari ini mereka bercuti...

Pagi-pagi mama dah mulakan aktiviti mama untuk membersihkan kebun di hadapan rumah mama ni...sebenarnya dah lama nak buat tapi memandangkan kesuntukan masa jadi terpaksa juga ditangguhkan ke hujung minggu macam hari ni...


inilah dia kebun mama yang dah siap dibersihkan tadi...nampak nyaman jer kan bila lihat keadaan dah bersih...


semuanya ada pokok pisang ada,daun pandan pun ada,pokok limau kasturi,pokok limau manis,terung pipit...senang bila dah berbuah nanti petik jer...ada juga hasilnya nanti semua jiran tetangga pun boleh rasa sorang sikit..

pokok pisang pun dah besar bila dah berbuah nanti boleh makan buahnya...

semuanya ni pokok pisang tanduk...seronoknya dapat memandang hasil tanaman kita sendiri membesar setiap hari...hasilnya nanti pun sedap jugakan...

pokok limau kasturi,pokok limau manis,pokok mangga,pokok pandan,pokok jambu air...

pokok turi pun ada senang bila nak masak petik jer pucuknya...jiran mama pun ada juga menanam pokok mata kucing,pokok rambutan dan pokok mangga...boleh la sesama merasa hasilnya nanti...

inilah dia pokok buah Mahkota Dewa yang selalu digunakan untuk dibuat ubat dan ada juga dibuat dalam minuman seperti kopi...

inilah dia buah Mahkota Dewa yang dah masak berwarna merah...nanti bila dah dikopek mama buatkan entrinya yer mana tahu ada kekawan yang teringin nak tengok isi didalamnya...

nak pi main kat taman mainan pun dekat jer...tunggu Awisy besar sikit mesti cepat jer nak bermain di taman mainan ni...


p/s nak bawa Awisy jenjalan ke legoland...