31 May 2013

# info # info agama

Pahala Untuk Seorang Isteri

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pahala-pahala yang bakal diperolehi oleh seorang isteri adalah...
1-Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.

2-Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah

3- Mandi junub isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin

4-Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

5-Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng nereka pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)

6-Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

7-Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga..(hadis Riwayat Tarmizi)

"Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya,berpuasa pada bulan Ramadhan,menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka..."


4 comments:

  1. subhanallah..bertuahlah dijadikan seorang wanita yang akan menjadi isteri kepada suaminya...

    ReplyDelete
  2. Bila baca N3 macam ini mulalah kalau boleh semua kita nak buat Mas. Kakak malam tadi abang nak makan pelam siap kakak kata kejap tunggu iklan sebab kakak masa cuti sekolah inilah dapat tengok tv... cerita yg seorg gadis hilang ingatan tapi ceritanya sambung-sambung... tajuk pun lupa. Masa iklan baru buat (macam mana nak dapat pahala banyak ni Mas...)

    ReplyDelete
  3. besarnya manfaat seorang isteri...

    ReplyDelete