SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Bila mama membaca komen yang dikatakan oleh blogger PCL di entry ini membuatkan mama tergerak hati nak menuliskan cerita tentang Awisy di sini...sebenarnya Awisy ni semasa dalam kandungan 9 bulan lagi dah pun mula pergi ke Legoland... 

Mama Awisy masa tu memang teringin sangat nak pergi ke Legoland..sebelum  pembukaan Legoland dulu kami sekeluarga telah mendapat tiket percuma bagi setiap ahli keluarga pekerja yang kebetulan jatuh pada 31 ogos 2012...dan kami sekeluarga telah dapat membawa mama Awisy ke Legoland untuk melepaskan keinginannya itu...tu dia dari dalam perut lagi Awisy dah memang suka dengan Lego ni...

inilah gambar mama Awisy yang sarat mengandung semasa berjalan di Legoland dulu...kaki dah bengkak,muka dah sembab tapi masih kuat nak menjelajahi legoland...

Setelah berjaya memasuki Legoland itu mama Awisy dengan gembiranya telah menjelajahi kesemua tempat di dalam kawasan Legoland itu...bayangkanlah kekawan kawasan Legoland yang yang luasnya 72 ekar itu dijelajahi oleh seorang perempuan yang sedang sarat mengandung pasti membimbangkan juga...

Risau juga mama bila melihat mama Awisy berjalan sambil memegang perutnya semasa di Legoland...takut juga kami kot-kot mama Awisy terberanak di Legoland masa tu memang haru dibuatnya kalau betul2 berlaku...tapi kalau Awisy diberanakkan di Legoland tempohari memang ada annual pas Legoland la seumur hidup jawabnya dan jadi anak merdeka juga sebab pada 31 ogos pula tu...seronok juga kalau dapat jadi anak angkat Legoland yang pertama lahir di Legoland tapi nasib baik tiada apa-apa yang berlaku pada hari tu...

tengok la tu mama Awisy dah mula memegang perutnya yang dah mula menegang ke bawah...

Bila balik dari Legoland mama Awisy dah mula terasa sakit sikit-sikit di bahagian perut dan ari-arinya...risau juga mama tengok keadaan mama Awisy tu tapi tetap dia masih nak lagi pergi berjalan ke pasaraya Econsave selepas keluar dari Legoland...mama je yang tak  membenarkan mama Awisy berjalan lagi memandangkan keadaannya itu...

Keesokan paginya 1 september mama Awisy sudah mula kerap merasa kesakitan..setiap 5 minit sakit tu datang dan itulah tandanya mama Awisy hendak melahirkan Awisy..mama dan hubby telah membawa mama Awisy ke hospital dan beliau telah ditahan di wad  untuk proses seterusnya melahirkan Awisy ke dunia ini..

inilah Muhammad Darwisy Zulkarnain yang dah tak sabar nak melihat dunia dan hendak ke legoland semula...

Jam 10 pagi 2 september 2012 barulah Awisy dilahirkan di Hospita Sultanah Aminah Johor Baharu...Awisy telah dilahirkan 2 minggu lebih awal dari yang dijangkakan kerana mama Awisy telah melakukan satu perjalanan yang agak jauh semasa di Legoland tempohari...itulah sebabnya Awisy rasa dah tak sabar hendak keluar dari perut mamanya untuk kembali semula ke Legoland nanti...oleh kerana Awisy telah dilahirkan lebih awal dek penangan Legoland tu kami semua telah memanggilnya dengan gelaran "Budak Tecik Legoland"...

sampai sekarang Awisy memang kerap kami bawa berjalan-jalan ke Legoland sebab dari dalam perut mamanya lagi hingga sekarang Awisy dah sememangnya serasi berada di sana...tu sebab bila PCL menyatakan dalam komennya itu bahawa Awisy akan membesar dengan Legoland mama mulalah terfikirkan untuk menulis cerita kisah Awisy ini dari mula lagi...

betul juga kata PCL Awisy mungkin akan membesar di Legoland kerana setiap minggu kami sekeluarga akan tetap membawa Awisy berjalan-jalan ke Legoland...sambil  berjalan di legoland mama Awisy akan selalu menceritakan kisah cerita ini pada Awisy mungkin sampai ke besarlah nanti Awisy akan tetap mengingati cerita disebalik kisah mamanya di Legoland ini sebelum melahirkannya...

 inilah budak tecik Legoland semakin membesar bersama legonya...2 Mei yang lepas genap usia Awisy 8 bulan...moga membesar menjadi seorang anak yang soleh dan periang...