SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Bila tengok pokok kelapa di hadapan rumah mama ni terasa pula tekak nak minum air kelapa mudanya...pantang cakap hubby terus saja memetik buah kelapa tu ! dapat sebiji dua cukup la buat membasahi tekak dalam cuaca yang panas ni...

Dalam sibuk-sibuk hubby menbelah buah kelapa tu sempat juga mama mengoogle kat internet tanya Mr.Google untuk melihat apa khasiat yang ada pada buah kelapa ni untuk tubuh badan kita dan inilah hasilnya yang mama dapat dan eloklah disharekan di sini...


1- Air kelapa dapat membantu  menyejukan tubuh badan dan menormalkan suhu dalaman badan kita.Elok untuk yang mengalami demam panas.

2-Ianya juga mampu menambahkan kandungan air di dalam badan kita untuk mengelakkan terhidrasi dan boleh jadi sebagai minuman tenga.

3- Air kelapa juga merupakan ejen pengangkut khasiat nutrien dan okisigen ke sel tubuh badan.

4- Bagi yang kerap bersenam memang elok meminum air kelapa ini bagi menambahkan kandungan air dalam badan yang hilang dari lelehan peluh.

5- Boleh juga membantu meningkatkan kadar metabolisma seseorang.

6- Air kelapa juga boleh dijadikan minuman berdiet kerana ianya berkhasiat mengurangkan berat badan seseorang.

7- Air kelapa boleh membantu menyahtoksid dan juga melawan kuman di dalam tubuh badan kita.

8-Air kelapa juga boleh digunakan untuk rawatan sembelit dan khasiatnya membantu membersihkan sistem percernaan dari tersumbat.

9- Meminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi di dalam badan untuk melawan penyakit.

10-Air kelapa juga mampu mengawal penyakit diabetis.

11- Kajian saintifik juga menunjukkan ianya mampu membantu  tubuh melawan penyakit selsema,demam dan juga AIDS.

12-Ianya juga mampu menstabilkan PH tubuh seseorang dan untuk mengurangkan risiko kanser.

13-Bagus juga untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

14-Air kelapa juga mampu melancarkan peredaran darah dalam tubuh seseorang.