SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Hari ini jom kita tengok pula bagaimana caranya untuk kita menjaga kebahagiaan di dalam rumahtangga kita.. kebahagiaan rumahtangga ini sudah semestinya haruslah dijaga agar ianya akan tetap memberikan kita kesan yang sempurna di dalam hidup kita ini..

jom kekawan kita lihat 8 tips kebahagiaan rumahtangga yang dapat mama kongsikan di sini sumber dari FB Ustazah Siti Nor Bahyah...

1- Puji 
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terimakasih apabila diberikan pertolongan.

2- Peluk 
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3- Penghargaan 
Amalan ini haruslah diamalkan iaitu seperti memberi hadiah sebab ianya boleh menambahkan kasih sayang.

4-Perhatian 
Perlu diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5-Persefahaman
Sebagai manusia yang berkerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6-Pergaulan
Pasangan suami isteri haruslah menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkan daripada melampaui batas juga dapat mengelakkan sikap cemburu kerana pembabitan orang ketiga.

7-Percutian
Rancanglah masa percutian berdua-duaan dengan pasangan ditempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8-Permohonan
Berdoalah kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.