SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Geram sangat dengan watak Shah Jazlee dalam cerita "Rindu Bertamu Di Abu Dhabi" ni...kenalah wataknya sebagai Faiz dalam cerita ni nampak memang menjadi watak jahatnya itu seorang anak yang bermuka-muka di depan bapa dan keluarganya...

kesian juga dengan Firdaus yang difitnah oleh Faiz hingga Firdaus di halau keluar dari rumah oleh bapanya Haji Ilham..Fareez adik bongsu Firdauslah yang selalu mengikuti perkembangan abangnya Firdaus di Abu Dhabi melalui Fatin..Firdaus juga telah kehilangan isterinya Ain semasa beliau melahirkan anaknya...

rasa macam nak sepak2 je muka si Faiz tu ! geram dan benci betul dengan wataknya yang kepura-puraan itu sama je dengan si Fifi kekasihnya itu...bapanya pun satu hal bukan nak siasat dulu atau dok berbincang terus saja memecat si Fatin bekas tunang anak angkatnya Firdaus yang sangat dibenci itu gara2 hasutan si Fais yang busuk hati tu...

atlast Haji Ilham ajak juga Fatin masuk semula bekerja dalam company dia yang dah semakin merundum dek kerana si Faiz yang tak tahu buat kerja tu...nasib baiklah Fatin itu seorang yang berhati mulia sanggup juga dia kembali menolong Haji Ilham semula ke Ilham Holding...

pada kekawan yang tonton drama bersiri ni pasti dah tahukan kenapa semua hal ini terjadi...nak sangat tahu kesudahan drama bersiri ni nanti dan apa yang akan terjadi pada si Fais jahat tu dan pada Firdaus dan Fatin...adakah Firdaus akan mengahwini adik iparnya sendiri demi anaknya.. 



p/s tak sabar nak tunggu minggu depan...