Friday, March 01, 2013

Membuat Ular Terpanjang Lego Di Legoland

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Cuti hari raya Tahun Baru China yang lepas mama dan keluarga berjalan-jalan ke Legoland   setelah penat berjalan di dalam kawasan Legoland itu mama terus mengajak anak mama berehat sambil membuat cantuman untuk ular lego di kawasan yang telah disediakan...


Ular ini adalah ular yang terpanjang di dunia yang akan dibuat dengan menggunakan brick-brick lego...ramai juga pengunjung2 yang membantu membuat badan ular lego ini...


bagi permulaannya setiap seorang dibagikan tapak untuk melekatkan brick-brick lego itu diatas tapaknya...


pilihan warna untuk membuat lego ini terpulang pada diri kita sendiri tiada warna yang ditetapkan..
  

satu badan ular dari lego ini sedang dalam pembuatannya dan akan siap sepenuhnya sekejap lagi...


ramai juga pengunjung yang berada di dalam khemah yang telah disediakan pleh pihak Legoland...masing-masing tekun menyiapkan badan ular dari lego itu...


pilih saja color-color brick lego yang kita suka itu dan ianya sentiasa banyak dan sentiasa disediakan di situ untuk para pengunjung membuatnya....

 
dah siap pun dua badan ular dari lego yang telah kami berdua siapkan tadi...bila dah siap bolehlah diserahkan kepada pekerja legoland yang berada di hadapan khemah tadi...


pekerja ini akan melihat keadaan lego itu samada bahagian yang dilekatkan itu benar2 betul dan ianya betul-betul mengikut susanan yang telah ditetapkan...


setelah siap pekerja ituakan cuba mengetuk2 bahagian lego itu pula untuk memastikan buatannya benar-benar kukuh dan tidak akan tercabut bila dipasangkan nanti...


bila benar-benar kukuh akhir sekali barulah pekerja itu akan memberikan setiap seorang yang membuat ular dari lego itu seorang sekeping sijil penghargaan dari Legoland......


inilah sebahagian dari lego ular untuk Tahun Baru China yang telah dibuat dari brick lego2 tersebut...sebenarnya ada peraduan yang dijalankan untuk memberikan nama bagi lego ular  terpanjang di dunia ini....

dan seorang budak berketurunan China telah berjaya memberikan nama buat ular lego terpanjang di dunia ini...ingin tahu lebih lanjut tekan sini...

14 comments:

  1. amboi.. seronok dia yea main lego.. heee..

    ReplyDelete
  2. menarik sangat ni. ular ni akan dipamerkan terus agaknya yer...

    ReplyDelete
  3. oh siap dapat sijil yer...bagus2...

    ReplyDelete
  4. Salam singgah mama maz, a pa khbr..bestya kalau dekat sjni legoland tu...

    ReplyDelete
  5. wahh best3..siap dapat sijil penghargaan lagi :)

    ReplyDelete
  6. menarik mama... hasil sentuhan bersama.....

    ReplyDelete
  7. Wah panjang tu....mmg kena bersabaq kalau nak buat kan.

    ReplyDelete
  8. lame tak main lego. mmg kene gi la kat legoland ni. :)

    ReplyDelete
  9. best jugak keje susun lego ni. hehe. sonot je tgk :)

    ReplyDelete