SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila baca entry dari blogger Zarul tadi mulailah teringat akan kisah lama mama...kisah keinginan mama menjadi seorang pramugari kapalterbang...pada mulanya mama memang saja-saja menghantar permohonan untuk menjawat jawatan pramugari ni tapi tak disangka mama telah dipanggil untuk sesi ditemuduga..betapa gembiranya rasa di hati bila memikirkan mama bakal menjawat jawatan sebagai pramugari di Malaysian Airlines... 

mama sentiasa membayangkan mama boleh dapat menaiki kapalterbang ! boleh terbang  di awan biru ! boleh ke tempat yang mama tidak pernah pergi  ! dapat memakai baju uniformnya yang cantik...pada masa itu mama tidak memikirkan apa-apa perkara jua pun..pergi tetap pergi juga ! temuduga itu harus juga dihadiri maka berangkatlah mama ke Kuala Lumpur walaupun mendapat halangan dari keluarga... 


biasalah ibubapa masa dulu tak sama dengan ibubapa dimasa sekarang ni...kedua-dua ibubapa mama sememangnya melarang sama sekali untuk mama bekerja di Kuala Lumpur..bermacam-macam alasan diberikan agar mama tidak berminat bekerja di sana..

bila dapat surat panggilan bekerja untuk menghadiri kursus pramugari itu mama memang merasa amat gembira sekali tapi bila memikirkan keadaan orang tua mama yang tidak mengizinkan mama bekerja di sana terasa juga sedikit perasaan kecewa di hati ini...

tidak mahu dikatakan anak yang degil,tidak mendengar cakap dan melukai perasaan orang tua yang membesarkan diri ini terpaksalah jua mama melupakan semua impian mama itu.. bila difikirkan semula mungkin ada hikmah dan sebabnya ibubapa mama tidak membenarkan mama bekerja di Kuala Lumpur pada masa itu...mama telah mendapat tahu bahawa ibu mama telah menghidapi sakit kanser rahim...


p/s melupakan impian hanya kerana ibu yang dikasihi...