Assalamualaikum semua...
Di manakah nilai-nilai kasih sayang kita pada kedua-dua ibubapa kita.. tanpa mereka siapalah kita sebenarnya kerana merekalah kita lahir ke dunia ini..seorang ibu itu boleh membesarkan dan menjaga 10 orang anaknya tapi belum tentu seorang anak itu akan mampu dan dapat menjaga, menyayangi seorang ibu yang melahirkannya...
Masih terdapat segelintir anak-anak yang mudah melupakan segala jasa kedua-dua ibubapa mereka,setiap kata janji yang dilafazkan pada ibubapa mereka hanyalah satu perbuatan yang akan melukai hati dan perasaan kedua-duanya...oleh itu jagalah tutur kata dan percakapan kita terhadap mereka jika tersilap kata mungkin kedua-duanya akan berkecil hati tanpa kita sedari...
Begitukah sikap seorang anak yang dibesarkan oleh ibubapa mereka dengan penuh kasih sayang? mereka langsung merasa tidak memerlukan ibubapa mereka lagi setelah mereka berjaya dalam hidup...begitu mudah sekali anak-anak melupakan pengorbanan yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa mereka dalam membesar dan mendidik mereka selama ini...
Amat berbanggalah kita jika mempunyai anak-anak yang sempurna akhlak dan budi pekertinya..pasti ibubapa yang melahirkan anak-anak yang sempurna begitu akan merasa puas dan berbesar hati kerana dapat membesarkan anak-anak yang begitu menyayangi mereka selama-lamanya....
Setiap ibubapa itu akan sentiasa memikirkan kesejahteraan,kebaikan anak-anak mereka, tidak sedikit pun terlintas di hati mereka untuk membenci anak-anak mereka walaupun anak-anak mereka sudah melupakan dan tidak memerlukan mereka lagi... tiada niat di hati mereka untuk mendapatkan balasan dari kasih sayang yang telah mereka berikan itu tapi sedari dan hormatilah mereka selagi mereka masih bernyawa lagi di dunia ini...
Pada siapakah akan diletakkan kesalahan itu jika anak-anak tidak lagi menghormati ibubapa mereka dan tidak lagi menghiraukan mereka..?Walau belajar setinggi mana pun jika tiada restu dari ibubapa mungkin tiada keberkatan hidup yang akan mereka perolehi di dunia ini dan selama-lamanya...
Setiap asuhan,didikan,kasih sayang semuanya telah mereka curahkan pada anak-anak dan setiap ibubapa itu akan merasa amat gembira apabila anak-anak mereka mula meningkat dewasa dan berjaya di dalam hidup mereka..Itulah harapan setiap ibubapa hanya ingin melihat anak-anak mereka berjaya di dalam kehidupan mereka...
Tiada harta yang lebih bernilai yang dapat menggantikan kasih sayang dan tempat kedua-dua ibubapa kita di dunia ini..kita akan merasa kehilangan mereka setelah mereka sudah tiada lagi di dunia ini dan di saat itulah nanti barulah kita akan sedar bahawa tiada seorang pun yang mampu menggantikan mereka walaupun dengan wang berjuta-juta dan harta kemewahan yang mereka ada.
p/s semoga anak-anakku menjadi anak-anak yang solehah...Amin
4 Comments
salam mama...sayu pulak kathy baca entri ni...mak ayah kathy duduk jauh kat tawau sabah,tambah2 dengan keadaan tak okay di sana..kathy anak perantau..rindu sangat dengan air tangan mak...huhuhu..
ReplyDeletetengok wajah ibu pun dapat pahala, inikan pula mendoakan mereka kan
ReplyDeleterindu ibu bpa :)
ReplyDeletekrindu kat parent dikampung mama...... nasib baik minggu depan dpt balik kampung.....
ReplyDeletePost a Comment