SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dalam masa menghadapi kesemua masalah dan dugaan itu satu lagi dugaan yang besar datang menimpa kami lagi...bapa mentua telah ditahan reman dibalai polis Muar kerana disyaki membunuh pakciknya...dia adalah orang terakhir yang telah menghantar pakciknya itu ke tempat kejadian...

kami sekeluarga memang terkejut dengan berita ini dan kami semua telah pulang ke kampung untuk melawat beliau di tahanan polis...sedihnya hati bila melihat keadaan bapa  yang uzur...lebih-lebih lagi beliau telah di tahan di dalam bilik yang gelap dan sunyi begitu..kami membawa segala keperluan yang perlu untuk bapa tapi semuanya itu tidak dapat diterima oleh beliau....



setelah beberapa hari bapa mentuaku di tahan di balai polis Muar beliau telah di bawa pula ke balai polis Johor Baharu..semakin bertambahlah kesusahan yang terpaksa kami semua lalui untuk menziarahinya...siasatan masih terus dilakukan oleh pihak polis untuk mencari bukti siapa sebenarnya yang melakukan pembunuhan itu...

Dalam pihak polis melakukan siasatan hubby pun turut sekali disoal siasat oleh pihak polis...hubby pun turut juga ditahan reman selama7 hari untuk disoal siasat...pada masa tu hanya Allah saja yang mengetahui betapa sengsaranya jiwa dan raga...dalam keadaan mabuk mengandung ketika itu kami  diberikan dugaan yang amat besar sekali...semakin diingat akan bertambahlah jua kesengsaraan yang terpaksa dilalui...


selama 7 hari hubby ditahan reman, hidup ini seumpama sudah tidak bernyawa lagi..duduk menyendiri dibilik dengan rasa kesedihan, hilang selera makan badan mulai susut,raut wajah juga sudah kelihatan agak cengkuk sekali..hilang semua seri muka ibu mengandung disebabkan asyik mengenangkan bagaimana keadaan hubby ketika itu...

bila melihat keadaan diri ibu lagilah terasa diri ini begitu membebankannya...sangat berbangga mempunyai seorang ibu mentua yang begitu tabah sekali semangatnya takkala suami dan anak lelakinya di tahan di atas tuduhan yang bukan mereka yang lakukan...ibu merasa teramat risau dengan keadaan diri ini yang asyik berkurung di dalam bilik tanpa makan dan minum..


setiap kali ibu akan menasihati diri ini agar bersabar dan berdoa kepadaNYA agar dipermudahkan dan diberikan petunjuk siapakah yang bersalah sebenarnya...mengenangkan anak dalam kandungan ini di jamahkan juga sedikit makanan buat anak yang mulai membesar dalam perut ini...sepanjang hubby ditahan tiada sedikit pun anak dalam kandunganku ini mendatangkan masalah pada ibunya ini seperti ianya sudah memahami akan kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh ibubapanya...

Alhamdullilah selepas beberapa hari hubby telah dilepaskan oleh pihak polis kerana tiada bukti yang menyatakan hubby berada di kampung sewaktu kejadian...hanya bapa saja yang terpaksa di tahan sehingga kes itu selesai...akhirnya bapa juga terpaksa dibebaskan juga kerana pihak polis tiada bukti yang kukuh untuk menahan beliau dengan lebih lama lagi....penyudahnya kes itu ditutup juga akhirnya...


p/s bersambung part 5...