Assalamualaikum...
Marilah kita baca dan fahamilah tips-tips berguna ini yer...tips untuk suami isteri ! yang dah nak kawin pun elok juga baca pada yang belum kawin dan kekawan semuanya boleh baca apa salahnya buat perkongsian dan info kita juga kan.. perkara-perkara yang suami isteri boleh buat tu jangan pula pasangan yang belum kawin tu buat yer ! tidak dibenarkan tau sebab belum ada lesen sah lagi...
1-Cium tangan suami dan dahi isteri sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2-Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3-Walau sesibuk mana sekali pun luangkan masa menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4-Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana dan menamatkan perbualan di telefon sebelum tidur.
5-Sentiasa mencari peluang untuk makan tenghari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja.
6-Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7-Luangkan masa untuk berbual tentang apa saja dari isu rumahtangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8-Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan jangann biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9-Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting berada disisinya.
10-Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana iaadalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11-Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah berdoa bersama serta bersalam2an selepasnya.
12-Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13-Sesekali buat la kejutan seperti membeli hadiah atau kad istimewa untuk peristiwa tertentu,memakai pakaian dalam yang seksi atau apa saja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14-Senda gurau dalam rumahtangga amat penting ceritalah sesuatu yang kelakar,teka teki atau apa saja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15-Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang bekerja keras menyara keluarga.
16-Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17-Apa saja masalah yang timbul berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18-Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumahtangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19-Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
17 Comments
byk yg kami amalkan tapi no 9 tu tak sgt coz kadang2 rancngan yg dia tengok kita tak minat kdg kita tertido je hehehhe,kira teman gak la tu walau tido.
ReplyDeleteKakak satu Mas pergi kerja memang tak salam sebab kakak simpan wudhu'. Abang dah faham pun sebab malas nak berwudhu' utk solat Dhuha di pejabat.
ReplyDeletesalam mama.. trm ksh utk tips ni.. leh la praktikkan bila dh kawen nt..
ReplyDeletealhamdulillah , kalau lupa selalu ingat mengigatkan...in sya Allah.
ReplyDeleteTahniah mamam ngetop di blog saya sbg pengomen terbanyak Jan 2013.
yang penting pegangan agama dan saling toleransi kan kak, insha Allah.. :)
ReplyDeletetips yang bagus nie... TQ mama... :D
ReplyDeleteSalam mama...Kancil ada buat juga nie...terima kasih dengan info nie
ReplyDeleteAssalamualaikum mama..nice tip..inshaaAllah..akan cube diamalkan..
ReplyDeletetak sabar nak kawen :)
ReplyDeleteinsya allah..cuba amalkan sebanyak mungkin..
ReplyDeletememang sentiasa begitu... ^_^ sentiasa berkasih sayang...setiap kali ke mana2 or berpisah menuju destinasi memasing...
ReplyDeletehidup suami isteri ni kena sentiasa pupuk kasih sayang kan mama? lagi satu... suami/isteri bukannya kawan2 nak gunakan bahasa yang x sesuai or bahasa kasar... ^_^
tips yg sgt bagus ni mama... ada yg memang menjadi amalan dan ada juga yg tidak so lps ni kena cuba perbaiki lg hubungan kami yg sedia ada ini utk mempereratkan lg hubungan kami... (^__^)
ReplyDeleteThanks for the tips mama. Selalu juga amalkan tips tu.
ReplyDeletethanks for the tip mama......
ReplyDeletetq for tips
ReplyDeleteas-salam ..mama..
ReplyDeletebetul tu..alhamdulillah hanya yg sentiasa mengamalkan akan dapat rasa ;D
sweet sgt. perlahan lahan boleh amalkan lps ni. :)
ReplyDeletePost a Comment