SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

 Maaf yer n3 ni dah lama sepatutnya mama publishkan tapi terlupa la pula ! rupa-rupanya dah lama dok tersimpan dalam draf blog mama...nasib baik la tadi sempat belek dan buka n3 yang belum dipostkan...maka hari ni barulah nak dipostkan n3 ini harap Ecah jangan marah kat aunty yer betul2 tak perasaan la ! almaklum la kan..


sebenarnya hari lahir anak saudara mama ini pada 23 Januari yang lalu dan anak mama saja menyuruh Ecah datang ke rumah kami pada hari lahirnya yang lepas sebab ada sesuatu nak diberikan pada Ecah...


bila Ecah sampai inilah hadiah yang diberikan kepada sepupunya itu iaitu sebiji kek hasil buatan tangan anak mama sendiri...terkejut juga Ecah dengan surprise ini...gembira hati anak mama sebab dapat menggembirakan sepupunya itu walaupun hasil kek buatan tangannya itu tak seberapa...


Kek ini dibuat oleh anak mama buat Ecah,suami beliau Ajim dan mak ngah merangkap kakak mama la...anak mama meletakkan sekali nama mereka bertiga kerana tarikh lahir  mereka bertiga dah berdekatan jadi senang buatkan sekali...inilah kek hasil tangan anak mama sendiri...


Red Velvet Kek