SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Biasanya kalau pada hari isnin ni ramai yang 'Monday Blues' tapi pada mama tak ada maknanya sebab hari ini pagi-pagi dah menjalankan rutin pagi menyediakan sarapan untuk keluarga dan menghantar anak ke sekolah tapi pagi ni lain pula jadinya pagi-pagi dah menghantar anak ke klinik sebab anak mama mengalami demam panas...

berkejar-kejaran lah ke klinik untuk mendapat nombor awal tapi sampai sana memang dah ramai pun yang menunggu lebih awal lagi...terpaksalah ikut turn kita walaupun dah ramai pesakit lain yang menunggu...nasib baik masih awal lagi masa mula sampai tadi...dah siap terus balik dan ada seorang lagi yang perlu di bawa ke klinik rupa-rupanya...inilah budak tecik yang mama maksudkan tu....


kerana hari ni kena bawa Awisy ke klinik untuk dapatkan suntikan pula...sikit pun tak nangis bila kena suntik tadi memang baik betul Awisy hari ni yer...balik je dah readykan ubat dan 'Cool Fever' kanak-kanak senang sikit kalau demam nanti tampalkan jer dengan 'cool fever'tu...