SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari cuti yang lepas mama dan anak-anak telah ke Taman Tema Hello Kitty di Puteri Habour Nusa Jaya...taman tema ini baru saja di buka dan ianya juga salah satu taman tema di bawah naungan Legoland cuma perbezaannya ialah ianya berada di dalam satu bangunan yang besar dan berlainan pentabiran..


boleh tahan jugalah harga tiket nak masuk ke Taman Tema Hello Kitty ni tapi nasib baiklah anak mama bekerja di Legoland dan masuk ke sana hanya menggunakan id pekerjanya saja kiranya redeem tiket la tu...


mama ke sana pun bukan apa saja jer nak tahu macam mana keadaan di taman tema tu..boleh tahan jugalah keadaan taman tema tu tapi yang buat frustnya anak mama tidak boleh pula nak redeem tiketnya pada hari tu ...tiket itu hanya boleh digunakan pada hari biasa saja jadi terpaksalah kami menunggu hari yang sesuai untuk pergi ke sana semula... 


walaupun tak dapat masuk ke dalam kami dapat jugalah bergambar disekitar kawasan dan kedai menjual cenderahati di bahagian bawah tu...


banyak barang-barang permainan yang terdapat di kedai tu... semuanya ada dari yang kecil hinggalah yang besar..kami hanya melihat-lihat saja nak belikan Awisy pun bukannya ada yang menarik hati mamanya tak mahu belikan sebab Awisy budak lelaki tak boleh suka color pink katanya...ada untuk boy tapi tidak sesuai kerana Awisy masih bayi...


comelkan bila Awisy pakai benda ni dan ingatkan nak belikan Awisy topi ni tapi bila diamati rupa-rupanya bukan topi tapi ianya adalah tempat letak tisu terus mama Awisy tak jadi nak membelinya...




lihatlah gelagat budak comel ni kena paksa bergambar dengan patung-patung kat situ rupa macam tak rela sajakan...


grandma dan grandpa yang sibuk juga nak bergambar dengan Hello Kitty tu...sesekali nak juga jadi budak2kan..masa dulu-dulu mana ada dapat peluk Hello Kitty macam ni...