SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Mencium anak adalah salah satu cara kita menunjukkan kasih sayang kita pada anak-anak tapi disebalik ciuman itu terdapat fadhilatnya...jomlah kita lihat apakah fadhilatnya apabila kita mencium anak-anak kita...

"ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu akan dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan,tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak..barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa diakhirat kelak.."

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri,sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan..dengan wujudnya sifat suka mencium anak,hormon dan bau anak kita akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan "aku sayang anak aku" akan tersemat terus ke dalam jiwa.

jangan lupa yer kekawan ! ciumlah anak-anak kita selalu moga kita akan dapat fadhilatnya yang besar dari Allah...