SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Aduhhh!!! kenapa ek asyik dihalangi dengan perkara-perkara yang begini...kena ejek, kena marah,kena perli dan macam-macam lagi la...kekadang tu memang rasa nak sepak jer mulut-mulut jahat tu tapi apakan daya tangan tak sampai ! biarkanlah mereka dengan mulut-mulut jahat mereka tu kalau dilayan pasti koyak rabak mulut tu nanti...

manusia ni kekadang susah kita nak meramalnya ada yang baik,ada juga yang kurang baiknya bak kata peribahasa melayu kita "rambut sama hitam tapi hatinya lain-lain"susahkan....bila dah diperli macam-macam rasa ! rasa nak tutup jer blog ni senang cerita tak adalah yang dengki lagi..tapi bila difikir-fikirkan balik kenapa nak jadi bodohkan biarlah mereka nak kata apa pun janji kita tak menyusahkan mereka semua sudahlah...



kita tak jaga tepi kain mereka kenapalah mereka dok susah hati nak jaga tepi kain kita pulakkan !! pasal kita yang ada blog ni pun nak disusahkan??? tak boleh ke kita nak ada blog dan tulis apa yang kita rasa di blog kita sendiri??kenapa perlu ada rasa sikap tak puas hati tu??manusia bermacam ragam dan cara ! masing-masing ada pendirian mereka sendiri jadi tak perlulah kita menyusahkan orang lain...perbaikilah diri kita sendiri barulah boleh memperkatakan hal orang lain...

bila dah fikir masak-masak lantaklah apa orang lain nak kata yang pentingnya tugas dan cara kita berblog itu tak akan menganggu urusan orang lain yang sakit hati tu...ingatlah tidak semua orang yang menulis di blog tu akan menyusahkan orang lain hanya mereka yang menjadi seorang penulis blog jer akan tahu apa ertinya sebuah blog pada mereka...


pada mereka yang dengki dan sakit hati tu cukup2lah dengan percakapan yang menyakitkan hati tu eloklah tutup mulut tu dari bercakap tentang hal-hal yang mereka sendiri tidak tahu hujung pangkalnya...berfikiranlah secara rasional, terbuka dan lebih positif yer...

pada kekawan yang bergelar sebagai blogger ni teruskanlah usaha anda semoga satu hari nanti orang dengki dan sakit hati tu akan buka mata mereka dan tahu bahawa dengan berblog pun boleh mendatangkan hasil yang lebih lumayan dari bekerja...