SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Ingat yer kekawan pencuri sekarang ini akan sentiasa berada di mana-mana..oleh itu mari kita baca info dari kekawan kita ini...sumber diperolehi FB

Minggu lalu kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras Kuala Lumpur.Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang pada pencuri kereta.

Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh(remote).Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak lalu beliau hanya menggunakan kunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat dimana dia meletakkan kereta beliau didapati keretanya telah hilang.


Kemudian di balai polis dan juga di agensi insuran beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik klip frenkusi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping).Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual.Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh berkemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda,Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ...

"sharing is caring is loving"