SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Seronoknya bila dapat melihat,membelek dan membaca buku yang istimewa ini...banyak sungguh resepi yang dapat kita perolehi dari satu buku yang tebalnya kira-kira 367 muka surat ini...buku 1 Hari 1 Resepi ini adalah buku resepi istimewa dari penulisnya iaitu Chef Hanieliza...


banyak resepi istimewa terkandung di dalam buku ini diantaranya masakan berasakan ayam,daging,kambing,kerabu dan salad,makanan barat,makanan laut,mihun dan mee,nasi,sambal dan sos sayur,tauhu dan telur,puding dan desert,ikan,kuih kukus serta kuih-muih untuk minuman petang...


sebenarnya anak mama yang suka membeli buku resepi ini...senang nak memasak katanya pilih jer resepi apa yang enak dari dalam buku ini boleh terus masak sendiri dan dikesempatan itulah mama dok menyibuk meminjam buku tu...melihat dari luar saja memang dah boleh memikat para pembacanya untuk membeli buku ini dan buku ini dijual dipasaran dengan berharga RM39.90 sebuah...


pada kekawan yang suka memasak bolehlah membeli satu buku ini untuk dijadikan koleksi istimewa kita...buku ini banyak dijual di kedai-kedai buku yang berhampiran dan ianya adalah salah satu koleksi eksklusif dari kedai buku Popular...




tajuk-tajuk resepi yang ada di dalam buku ini...