SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sebenarnya mama memang tak pernah pun menonton cerita "Twilight Saga" ni dari yang part 1 dan seterusnya...tapi kali ni entah macam mana agaknya mama boleh terpengaruh nak pergi menonton di pawagam semalam..dah lama juga mama dan hubby tak pergi menonton di pawagam terasa kekok juga la..

oleh sebab tu la ! datang penghasut menghasut untuk ikut sekali menonton cerita ni...itu pun atas desakan anak-anak mama..siap cakap mama pasti puas hati tengok cerita ni kata mereka...dek kerana kesian kat mereka mama dan hubby ikutkan juga la...

Bila dah menonton jalan cerita ini barulah terasa bestnya.. patutlah anak-anak mama suka menonton ceritanya..memang puas hati dapat menontonnya hubby mama pun suka juga jalan ceritanya yang menarik tu.. banyak aksi-aksi hebat dan menarik dapat kita lihat hanya untuk menyelamatkan Renesmee anak Edward dan Bella tu...

Yang paling menyeronokkan dan bestnya adalah adegan yang last tu.. rasa macam tertipu pula ingatkan betul-betul kumpulan Aro(Volturi) tu bertarung dengan kumpulan Cullens rupa-rupanya pertarungan itu hanyalah bayangan masa hadapan Aro dari Alice..  

pada kekawan yang sudah menonton cerita ni pasti berpuashati dan pada kekawan yang belum lagi menontonnya boleh la pergi menontonnya yer memang best jalan cerita ini...



jom kita dengar lagu soundtrack dari filem ini best "A Thousand Years"
dari Christina Perri feat Steve Kazee"