SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sori yer kekawan mama ! hari ini mama terover pula dengan lagu-lagu Hindustan...semuanya ini adalah lagu-lagu dari filem yang lama dan bila mama buka di youtube terjiwang la pula sekejap..bila sesekali dengar semula lagu-lagu dari cerita ini terseronok pula tu... jomlah kekawan pada yang suka dengar jom kita layan sebentar lagu-lagu ni yer...


lagu medley dari filem Mujhse Dosti Karoge..




 kat sini bolehlah mama bagi sedikit sinopsis cerita Mujhse Dosti Karoge ni yer...ceritanya berkisar tentang cinta tiga segi dan sepasang kekasih yang bercinta melalui internet..mereka bertiga berkawan baik dari kecil lagi tapi budak lelaki itu terpaksa berhijrah ke luar negara atas sebab keluarga..

hanya pesanan melalui email jadi penyambung cinta antara kedua-duanya...kedua-dua sahabat baik ini bercinta melalui email yang diberikan menggunakan nama email kawan baiknya..semua kegemaran masing-masing diketahui melalui email yang diberikan tanpa mengenali wajah masing-masing setelah dewasa...akhirnya budak lelaki itu pulang semula ke India setelah 20 tahun berada di luar negara...

perjanjian mereka hanya hati yang benar-benar cinta akan mengenali cinta yang sebenarnya..setelah sampai ke India lelaki ini hanya terpandang kawan baik kekasihnya yang berwajah cantik dan padanya nama email perempuan itulah kekasih hatinya yang selalu menghantar email kepadanya tapi kebenarannya adalah sebaliknya...kekecewaan berlaku pada perempuan tu kerana kekasihnya tidak dapat mengenali wajahnya dan dia terpaksa memendamkan perasaannya dan memberikan ruang bercinta pada kawan baiknya...

hanya cinta sejati akan bertemu akhirnya dan setelah lelaki itu mengetahui selama ini dia telah mengenali orang yang salah setelah jodohnya telah ditetapkan dengan kawan perempuan itu..
apa yang akan terjadi seterusnya dan kesudahan cerita ini yer...pada kekawan yang dah pernah menontonnya pasti dah tahu apakah kesudahan cerita ini...