Assalamualaikum...
Ingat yer jangan lupa pergi solat Jumaat hari ini wahai kaum Adam semua... moga kita akan sentiasa mendapat pahala yang melimpah-limpah dengan melakukan apa jua suruhan Allah pada hari ini...
Solat Jumaat 2 raakat memang dimuliakan oleh Allah kerana pada hari Jumaat banyak ganjaran yang akan diberikan oleh Allah pada setiap ibadat yang dilakukan.Selain dari itu pada hari Jummat jugalah eloklah kita berdoa meminta pertolongan dan hidayah dari Allah.
Rasulullah bersabda: "Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta,sesiapa hadir solat Jummat pada saat kedua,dia seperti berkorban seekor lembu,Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga,dia seperti berkorban seekor kibas,sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima,dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur."
Setiap hari Jumaat Allah akan mengutuskan malaikat ke bumi untuk mereka mencatatkan nama mereka yang ke masjid dan Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang hadir ke masjid.
Malaikat juga akan menutup buku rekod kedatangannya untuk mendengar khutbah apabila imam mula menaiki mimbar oleh itu buku rekod kedatangan solat selepas itu tidak akan direkodkan oleh malaikat.Oleh itu segeralah ke masjid janganlah dilengah-lengahkan kerana pada hari Jumaatlah pahala yang melimpah ruah akan diberikan.
8 Comments
Perkongsian yg bermanfaat..Tq Mama
ReplyDeleteAlhamdulillah hari ni tak berbual sepatah pun dalam masjid..
ReplyDeleteAssalam Mas..singgah sini baca tazkirah berguna.t.ksh share.
ReplyDeleteberdebar2 baca entry ni...heheh
ReplyDeletesatu peringatan yg baik mama.....
ReplyDeleteentah bape kali jumaat lagi baru abis bw entri mama. hee.
ReplyDeleteMcm Ustazah Zam cite dlu2.. hehe
ReplyDeleteSalam kenal, Alhamdulillah atas ingatan...
ReplyDeletePost a Comment