SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Alhamdullilah !!! petang-petang ni ada juga rezeki buat mama...mama dapat buah tangan rupa-rupanya iaitu sekotak cup kek dari kawan anak mama Ecah yang datang bertandang tadi... kawan baik anak mama ni saja datang menyinggah lama dah tak datang katanya..Ecah baru saja membuat check-up pregnant dia tadi...alhamdullilah baby sihat tapi masih tidak tahu jantinanya...

sambil berbual sempat juga kami berbincang tentang penjagaan anak beliau nanti...sebenarnya Ecah mahu mama menolong dia menjagakan anaknya selepas dia melahirkan dan selepas pantang beliau nanti...kami berbincang apa yang perlu dan kata sepakat telah diambil... pada tahun depan akan ada seorang baby kecil yang akan dijaga oleh mama nanti...semoga segalanya berjalan dengan lancar hendaknya..In Sha Allah..