SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sebelum melangkah untuk memulakan perjalanan eloklah kita mulakan dengan doa ini... semoga perjalanan mama dan keluarga selamat sampai ke destinasi yang ingin kami tujui..sebenarnya mama hendak ke rumah anak mama di Rawang...

  mama ke sana adalah kerana ingin menghantar anak mama yang kecik tu...tapi tak la kecik pun dia ! sebenarnya dah beso pun hehehee sorry yer cuney badan jer dah beso tapi perangai macam budak-budak lagi ! anak bongsu la katakan..teringin nak bercuti di rumah along katanya kebetulan dah cuti sekolah ni...jadi mama terpaksalah pergi sekejap untuk menghantar anak mama tu ke rumah alongnya...

kebetulannya bila dah nak ke sana tu bolehlah mama menjenguk sekali cucu mama yang seorang tu...rindu sesangat la mama pada Awisy rasa macam dah lama tak jumpa Awisy sejak Awisy balik ke Rawang hari tu...sehari pun cukuplah janji grandma dapat melepaskan rindu pada Awisy.. 

 "Awisy tunggu grandma,grandpa,aunty dan cuney sampai yer..."