SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pagi tadi hubby telah pergi ke Majlis Perasmian Rukun Tetangga Zon 2 di taman tempat mama tinggal ni...hubby seorang jer pergi tadi bagi memeriahkan majlis itu...mama tak pergi sekali kerana pagi tadi mama terpaksa menghantar anak mama ke tempat kerjanya dan bila sampai di rumah ambil alih tugas hubby cuci kereta yang dah seminggu tak bercuci tu..

terdapat jugalah beberapa acara yang dijalankan hari ini seperti senaman Taici,senaman robik, silat dan lastnya ada cabutan nombor bertuah..hubby mama dok join juga senaman itu tadi tapi sayang tak sempat nak ambil gambarnya..


jom la kekawan kita layan gambar yang telah diambil oleh hubby mama tadi,mama nak bercerita panjang pun tak tahu jalan cerita yang sebenarnya tadi jadi layan gambar yang telah diambil oleh hubby mama tadi je la yer...


persiapan dibuat pada pagi tadi bersama-sama bergotong royong menyiapkan 
semua peralatan dan meja para jemputan...

ketibaan Ahli Parlimen Gelang Patah,Adun NusaJaya dan Pengarah JPNIN Negeri Johor...

Ahli Parlimen Gelang Patah merasmikan Rukun Tetangga Jalan 2 Taman Sri Pulai Perdana...

penyampaian baju serta semua peralatan meronda nanti pada jawatankuasa penduduk taman...

memanggil nombor-nombor untuk cabutan bertuah...

gembira pada mereka yang nombornya bertuah...
ada yang dapat hamper dan yang lain2nya..  


penyerahan sijil rukun tetangga pada pengerusi taman..

inilah rezeki yang diperolehi oleh hubby dalam nombor cabutan bertuah tadi...ada juga rezeki dan berjaya di bawa pulang... benar cakap mama tadi tak sia-sia take over basuh kete tadi ada juga hasilnya...