SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Jodoh ! Jodoh itu memang perlu kita cari tapi dalam mencari jodoh itu kena juga la difikirkan semua perkara-perkara yang perlu...ada yang berkata biarlah jodoh tu datang dengan sendirinya tapi kalau diharap jodoh tu datang bergolek dengan sendirinya memang la tak akan sampai dan hingga tua juga la jodoh yang telah ditetapkan untuk kita itu akan berlalu tanpa usaha dari diri kita sendiri..

tapi yang pastinya memang susah jugakan nak mencari dan bertemu jodoh yang semuanya serba serbi cukup sempurna...jika kita bertemu jodoh yang baik alhamdullilah tapi jika kita tidak memperolehinya pasti parah jadinya..dan oleh itu kita haruslah mencari jodoh kita mengikut ciri-ciri yang sepatutnya agar diri kita sendiri akan merasa bahagia di kemudian hari kelak...

jodoh-jodoh yang baik itu memang perlu ada dan hanya wanita atau lelaki yang baik saja jodoh mereka adalah untuk perempuan dan lelaki yang baik juga...carilah jodoh yang sesuai buat diri kita kerana ketentuan jodoh,rezeki dan ajal adalah dari Allah itu telah ditetapkan untuk kita sejak kita dari dalam rahim ibu lagi..janganlah disia-siakan jodoh yang telah ada itu dan kita hanya perlu mencarinya moga kita akan segera bertemu dengan jodoh yang telah ditetapkan untuk kita itu..InsyaAllah