Assalamualaikum..
Apakah yang akan kekawan lakukan bila tahu bahawa diri hanyalah seorang anak angkat saja..?dapatkah kekawan bayangkan bagaimana rasanya bila berada di dalam keadaan dilema begitu??
pasti bermacam-macam perkara dan berbagai persoalan bermain di fikiran kitakan...bagaimanakah jalan penyelesainya dan sudah pasti rasa keinginan untuk bertemu ibu yang melahirkan dan ayah yang memberikan kita kehidupan akan sentiasa berada di hati...
Sedih bila kita mengetahui sesuatu perkara yang diluar jangkaan kita itukan..sesuatu perkara yang pasti akan mengubah dan mengguris hati dan perasaan semua orang...pasti si anak akan merasa dirinya begitu hina sehinggakan ibu dan bapanya sanggup memberikan dirinya pada orang lain untuk dibesarkan...
pasti anak itu akan bertanya dan akan mencari ibu kandungnya sendiri untuk mencari jawapan kenapa dan mengapa dia di hantar dan dijaga oleh orang lain...??bagaimanakah agaknya cara penerimaan ibubapa dan keluarga itu nanti..???sanggupkah kita melupakan jasa ibubapa yang telah membesarkan kita??
20 Comments
WALAU JAHAT MANA PUN IBU/BAPA KITA,SYURGA KITA TETAP BAWAH TAPAK KAKI DIOWANG..BETOI TAK SIS??
ReplyDeletehurmmm byk tgk dalam drama n filem je situasi begini
ReplyDeletetapi kalau realiti, tak taulah kak..tapi keinginan nak jumpa ibu bapa kandung tu mesti ade & banyakkk soalan yang mereka kena jawab
sukar nak bayangkan dan x dapat nak bayangkan mama...
ReplyDeleteagakla jadi kene pandai terangkan n jngn tak adil membahagi kasih sayang
ReplyDeletesaya pasti..mereka akan sedih...elok diberitahu awal2 supaya dia tak terkejut....abg ipar saya ambil 3 anak angkat...tapi dr kecil dh diberitahu...mereka anak angkat...
ReplyDeleteAssalamualaikum Mama
ReplyDeletekalau saya...berterusterang
xdapat bayangkan jika ianya berlaku
ReplyDeleteSalam mama. Jika agama dititik beratkan Insyaallah tiada salah faham akan berlaku. Tak boleh sorok pada anak angkat siapa dia yg sebenar. Dan tak boleh renggang kan hubungan anak angkat dgn keluarga mereka. Itu adalah sebaik-baiknya. Sebagai anak angkat pula jgn berkecil hati.. apa yg berlaku ada sebab dan hikmah.
ReplyDeletefikirkan dari sudut positif, mungkin ibubapa kandung menyerahkan anak tu untuk memberikan masa depan yang lebih baik..
ReplyDeleteibubapa angkat pulak patutnya tak boleh merahsiakan status anak tu..
mungkin sukar untuk dilaksanakan tapi kalau betul pada caranya takkan jadi masalah besar untuk dihadapi..
Apa pon sebab yang di lakukan, mahu pon dengan rela hati atau tanpa kerelaan hati pasti punya alasan yang kukuh serta ada hikmah di sebaliknya. :')
ReplyDeleteassalam mama..memang susah nak di ungkapkan.. :(
ReplyDeletesemestinya ingin tau ibu bapa kandung kita.. bgaimana orgnya, asal mana..
ReplyDeleteTak dapat nak bayangkan kalo dpt tau saya ni anak angkat. Mcm mama ckp la.. mesti hati tertanya2 siapa ibu bapa kandung sebenar. Yang anak angkat kat rumah yang ada family stabil okay lagi mama. Cuba bayangkan plak anak2 yang kat rumah kebajikan, anak2 pungut. Lagi sedih bila kadang2 derang sendiri tahu yang derang dipungut di tepi tong sampah.
ReplyDeleteLehih baik x dpt nk bygkan bagaimana kslau terjadi ats diri kita..pd mulanya mestilh perasaan bercampur baur, tp kena percaya pasti ada hikmah disebaliknya..in sya allah, lmbt laun blh terima jg..
ReplyDeleteanak angkat sgt sensetif bg keluarga ain.. sehingga hari ini si anak angkat x tahu yang dia aa (anak angkat). berat kami sekeluarga tuk bagi tahu.. mungkin bila tiba masanya.. currently dia darjah 3.. mungkin bila dia cukup dewasa kami akan bagi tahu.. dengan berat hati..
ReplyDeletebila fikir balik.. pasti perasaan anak tu akan kecewa.. dan masa ni la ibu bapa angkat kena mainkan peranan penting.. kena terangkan elok dan sentiasa melayan dia seperti biasa.. sepenuh kasih sayang
ReplyDeleteSebab tu lah dari kecik lagi kita bgtau status seseorang anak tu if dorang anak angkat.. Supaya mereka lebih memahami & tak memberontak..
ReplyDeletekalau dia anak yg baik....dia akan sayang keduanya...keluar angkat dan juga keluarga sendiiri....... mungkin ada rahsia yg tersirat...kenapa dan mengapa.....
ReplyDeletesalam sis
ReplyDeleteMulakan dgn lapas bismillah.
Terus teranglah.mmg pahit...lama kelamaan akan hilang jua..
Insya allah..berdoalah sis..
pasti ade hikmah di sebalik tu. Allah lebih mengetahui. :)
ReplyDeletePost a Comment