SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bagi ibu-ibu mengandung masalah sukar tidur lena ini memang biasa berlaku oleh itu bagi ibu-ibu yang ingin mengatasi masalah ini cubalah lakukan perkara-perkara di bawah ini InsyaAllah mudah-mudahan dapat tidur dengan lena di malam hari...

1- Jika kaki kejang,tekan kaki pada dinding,selain itu pastikan anda mendapat kalsium agar masalah ini dapat dikurangkan.

2-Posisi terbaik tidur mengiring dengan lutut separuh membengkok.Ini membolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik agar berat janin tidak menekan pembuluh darah utama.

3-Sekiranya anda sakit belakang,letakkan lebih bantal semasa berbaring.Letakkan satu bantal di bawah perut,celah kedua-dua kaki,bahagian belakang dan satu lagi di bahagian kepala.

4-Mengurangkan minum air terutamanya yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi sebelum masuk tidur,ianya dapat mengelakkan anda kerap bangun tidur untuk membuang air kecil.

5-Cuba tidur secara mengiring ke sebelah kiri untuk membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta.

6.Mandilah air suam sebelum tidur dan rasa segar itu akan memudahkan anda lena.

7-Pakailah pakaian atau baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik kerana baju tidur yang tidak bersesuaian akan menganggu tidur anda.

8-Suasana bilik yang berserabut juga akan menganggu tidur anda oleh itu buatlah bilik tidur anda dalam keadaan kemas serta semburkanlah pewangi aromaterapi yang mampu membuat anda tidur dengan lena.

9-Mintalah tolong suami untuk mengurut sekurang-kurangnya ianya dapat membantu anda tidur dengan lena.

10-Makan sedikit makanan ringan seperti biskut bertenaga atau sekeping roti coklat ianya adalah kerana untuk mengelakkan anda terjaga di waktu malam akibat kelaparan.