Assalamualaikum...
Hari minggu memang banyak xtvt yang kita boleh lakukan sendirian atau bersama-sama keluarga begitu juga dengan mama dan hubby pepagi selepas menghantar anak pergi bekerja kami berdua dok sibuk membersihkan taman di laman depan rumah kami yang dah beberapa bulan lamanya tidak dibersihkan...
inilah salah satu aktiviti hubby yang digemarinya membersihkan kawasan tanamannya...selain berkebun, menaman pokok ada juga aktiviti yang lain juga....bila petang lain pula aktivitinya dan setiap hujung minggu mesti ada saja benda dan perkara yang akan dilakukannya..
sebenarnya nak puji hubby mama bebanyak pun malu pulak nanti terkembang pula lubang hidung dia bila baca entry mama ni...tapi x apa la sesekali dapat pujian dari isterinya boleh buat semangat hubby mama tu semakin bertambah-tambah rajin la nantikan...
inilah aktiviti hubby pada petangnya pula bermain layang-layang...release tension katanya tapi sekejap saja hubby dapat bermain lelayangnya tu sebab langit dah mulai gelap...bila dah buka dan lelayang tu dah terbang tinggi memang sayang nak menarik talinya semula tapi nak buat macam manakan hujan dah nak mulai turun...
layang-layang tu terpaksa juga digulung talinya.. begitulah keadaan cuaca sekarang ini bila pagi cuaca elok jer tapi petangnya pula akan turun hujan dengan lebat sekali...
yang pastinya pada hujung tahun begini memang dah masuk musim hujan atau musim tengkujuhkan jadi tak bolehlah nak bermain lelayang pada petang itu...
11 Comments
tu la cuaca hujung tahun ni ......
ReplyDeleteas salam
ReplyDeletebanyak nye koleksi tanaman..saya dah lama tak main layang2 kat pantai:)
eh bestnya main layang2...dkt sini kdg2 pegi jga tgk org main..ehhe
ReplyDeleteAssalamualaikum mama, rajin menanam pokok menghijau didepan laman ye..
ReplyDeletedi ipoh sekarang ni pun cuaca tak menentu..pagi cerah, petang hujan lebat...
layaaaaaaaaan
ReplyDeleteSeronok bila dapat mengisi masa dengan aktiviti yang kita suka. :)
ReplyDeletewah hubby mama pun suka berkebun jugak yer..:)
ReplyDeletemama.. skrg mmg musim ujan pn kan..
ReplyDeletecomel lelayang tu....besar.....
ReplyDeletetapi tu lah...kalau hujan.... semua tak jadi....
rugi kitorang tak main layang layang weekend aritu..cuaca agak baik..angin pun best je..
ReplyDeletehihi. puji lebih je mama. nnt dpt hadiah besor. :)
ReplyDeletePost a Comment