SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

Bila terbaca n3 dari PinkyMomma tadi tergerak hati nak juga patung 'Boboi Boy' tu...apalah mama ni macam budak kecik yang merengek nak kan mainan pulak...serius giler memang hati  mama ni tak boleh tahan bila tengok patung 'Boboi Boy' tu...

sebenarnya semasa isi minyak kat Petronas tadi dah terpandang akan patung 'Boboi Boy'dan patung 'Yaya' tu terletak kat tepi kaunter pembayaran tu tapi dek kerana kesuntukan masa tidak la berkesempatan mama nak bertanya pada budak kaunter tu...

bila dah baca n3 PinkyMomma tadi semakin la menjadi-jadi la semangat kemaruk mama ni hanya kerana nak kan anak-anak patung 'Boboi Boy'tu ...aduh ! pelik betul mama ni ! kenapa  la tetiba berperangai pelik begini dan jadi begitu kemaruk sekali !! aduh ! yer mama ! sabar yer ! pasti ianya akan jadi kepunyaan mama nanti... (urut dada)..

sebenarnya mama ni memang suka kumpul koleksi-koleksi macam ni kebetulan katun 'Boboi Boy' ni dah jadi satu trend kanak-kanak sekarang ni ! tu yang semakin kuat hati nak dapatkan juga patung 'Boboi Boy' ni dan jadikan ianya koleksi simpanan mama...


p/s nak pi beli jugakkk....