SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni anak mama yang kedua melaporkan diri di tempat kerja barunya di Legoland NusaJaya..pagi-pagi lagi mama dah menghantar adik ke Nusajaya selepas menghantar anak mama yang bongsu ke sekolah dahulu...

biasalah hari pertama bekerja mestilah datang seawal yang mungkin dan jam 7 pagi mama dah sampai di sana sedangkan masa melaporkan diri adalah jam 8.30 pagi...sementara menungu masa 8.30 kami bertiga pun bersarapan di kedai mamak dan pekena roti canai dan air teh dahulu...

banyak kemudahan-kemudahan yang ada bila anak mama bekerja dan menjadi staff Legoland ni..semuanya amat menarik hati mama salah satunya mama dan hubby dapat pas masuk percuma ke Legoland secara percuma selama anak mama bekerja di sana...memang seronok rasanya tak payah la nak keluar duit beli tiket...bila ada masa lapang nanti bolehlah mama dan hubby jenjalan berdua-duaan ke Legoland...

inilah patung lego yang akan diletakkan di batch nama anak mama...
tag namanya esok baru siap...