SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Rindu sesangat mama nak BW ke blog kekawan mama semua... walaupun sekarang ni mama masih dalam keadaan kesibukan menjaga anak dan cucu yang masih dalam berpantang ini... jika ada masa terluang nanti mama akan tetap singgah ke blog kekawan semua tapi diharap kekawan semua masih ingat akan blog mama yang tak seberapa ni yer...

Dah la mama ! opss terover la plak mama ni kan ! dah tak ada masa tu masih ada hati nak berblogging lagi tapi dek rindu sesangat pada blog ni kena juga menjengah...walaupun dalam kesibukan mama akan tetap meluangkan sedikit masa untuk melawat kekawan semua... pada blog kekawan yang mama tak dapat singgah tu harap maaf yer mama akan tetap datang melawat juga nanti...

Setiap hari rutin harian mama menjadi padat dan atas sebab itu kekadang tak sempat nak menjengah ke blog kekawan semua...pagi ke malam memang ada je kerja yang perlu dilakukan bila datang pula Biki anak jagaan mama tu lain pula keadaannya jika dia sampai dalam keadaan mood elok selamat la suasana rumah mama ni jika mood dia jadi tak elok mulalah gamat dibuatnya nasib baik la mama masih boleh mengawal keadaan...

Akhirnya kena susun juga jadual rutin harian mama ni agar dapat juga
 menjengah sekejap ke blog mama yang terpaksa dibiarkan sepi sementara waktu ni...
inilah jadual yang terpaksa dilakukan seharian ada juga yang mama tak tuliskan hanya
yang perlu jer mama listkan...
1-subuh -solat dan menghantar anak ke sekolah
2-buat sarapan dan masakkan lauk orang berpantang 
dan lauk untuk orang yang tidak berpantang sekali..
3-Biki datang ke rumah kalau masih tak mandi kena mandikan dia dulu
siapkan Biki, buatkan susu dan bukakan tv channel katun pasti senyap dan diam...
4-kemudian mandikan si kecik cucu mama plak dah siapkan "Darwisy"dah siap
bagi mama dia untuk disusukan...
5-mama pula terpaksa lakukan rutin harian yang lain seperti biasa 
membasuh baju, mengemas rumah dan lain2 lagi...
sentiasa ada je kerja yg perlu dilakukan
6-ada masa sekejap jengah blog  tapi tak dapat BW juga 
7-tengahari solat zohor sekejap suapkan si Biki makan kemudian dia tidur
8-ada masa sekejap jengah blog balik jika ada n3 tulis pendek je n post cepat2 nasib baik
hubby tak balik makan tengahari kalau tak kena siapkan makan tengahari hubby plak..
tapi kekadang hubby ambil makanan sendiri je sebab dia faham situasi mama ni...
mekacih sayang sebab dapat hubby yg memahami macam ni... perasaan plak mama ni...
9-masa mama dan anak mama makan pula kekadang terlupa juga mama nak makan..
tapi orang berpantang ni kena juga makan...
10-kekadang terlelap sekejap bila dok berehat itu pun terlelap
 sambil duduk di sofa bila dah terlelap sekejap tu kira dah okay la lega rasanya...
11-bila masuk waktu solat, solat asar sekejap,pastu mandikan Biki n siapkan dia
sementara menunggu ayahnya datang mengambilnya..
12-mandikan "Darwisy"pula bila dah siap serahkan pada mama dia..
13-dapatlah rehat sekejap menonton tv sambil melipat baju yang sudah diangkat tadi..

 macam tulah padatnya jadual mama seharian padat sampai ke malam kekadang tu nak jengah blog pun ambil masa sekejap sebelum tido jadi dapat juga melawat kekawan walaupun tak kesemuanya...nasib baiklah hari ni cuti jadi kurang sikit kesibukan kerana hubby dan anak-anak cuti adalah orang yang membantu mama...