SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum.....
Hari ini dah hari ke 24 umat islam semua berpuasa dan dah tak lama jer lagi kita akan meraikan hari raya aidil fitri...mama terpaksa menjalani rutin yang sibuk sepanjang minggu ini dan jika ada kesempatan akan mama luangkan utk menjenguk blog kekawan semua...

Kita sebagai manusia ini kekadang boleh mengungkapkan perkataan yang kurang menyenangkan dan dengan ungkapan itu akan membawa masalah dalam sesuatu perhubungan.Oleh itu di bulan ramadhan ni kenalah berjaga-jaga dengan percakapan dan ungkapan kita pada orang lain.Jom kita lihat ungkapan apa yang akan mengundang masalah  
pada pasangan kita...

1-"Kakak/abang awak ni entah apa-apa la"
jangan menghina atau membuat masalah dengan abang atau kakak walaupun mereka pernah membuat kesalahan dulu dan dengan ungkapan ini mungkin bertambah lagi masalah.

2-"Saya tak sukalah baju tu,memang tak cantik pun"
Jika keluar bersama jangan memberikan komen mengenai pakaian pasangan biarkan kawan rapatnya yang mengutarakan masalah itu jika dia berpakaian terlalu terdedah atau menampakkan dirinya barulah diberikan komen dengan cara yang paling baik.

3-"Tak payah la nak emo2 kau pun bukan..."
Kebiasaannya perempuan la paling beremo dan dalam keadaan begitu janganlah mengungkapkan ayat sedemikian seelok2nya tegurlah dengan cara yang paling sedap di dengar oleh mereka.

4-"Perangai awak macam mak awak juga."
Seelok-eloknya janganlah menggunakan ayat seperti diatas  kerana dengan ungkapan begitu sudah tentu membandingkan dia dengan ibunya kerana belum tentu dia suka.

5-"Saya tak ada mood la"
Ungkapan ini boleh menyebabkan pasangan akan menyangka bahawa kita sudah bosan dengan mereka kerana setiap kali ayat itu disebutkan pasti pasangan anda akan beranggapan begitu.Oleh itu elakkan dr mengungkapkannya dan lebih baik kalau berdiam diri saja.

6-"I tak cukup bagus untuk you"
Bagi lelaki merendah diri ini adalah cara yang menyedihkan juga melemaskan itu hanya menunjukkan kelemahan kaum perempuan.Lagi pun jika anda tak cukup bagus untuk dirinya adakah dia berasa bodoh kerana memilih anda.

7-"Cuba tengok perempuan tu.."
Jangan sesekali anda meminta atau melihat perempuan lain atas alasan apa pun kerana si dia tidak akan suka membandingkan dirinya dengan orang lain.

8-"Teman wanita saya dulu..."
Ungkapan inilah yang sepatutnya dielakkan disebut di hadapan teman wanita anda dan ungkapan itu mungkin akan menghadapi masalah besar dalam perhubungan.

9-"I tak suka dengan kawan-kawan you..."
Jika menghadapi masalah dengan kekawan si dia elakkan memberitahunya secara terus terang tapi gunakanlah cara yang paling bijak dan boleh diterima olehnya.

10-"Kalau awak sayangkan saya,awak akan buat apa yang saya suruh..."
Fahami sebaik-baiknya apa maksudnya bukan bermakna kita tak mengikut apa yang disuruh kita tidak sayang padanya tapi biarlah dengan cara yang paling sopan.Jika ingin meminta tlong cakap terus terang dan lihat dulu apa yang diminta.Menggunakan ungkapan sebegini membuat teman wanita merasa serba salah ianya adalah suatu perkara yang cukup menyedihkan.