SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Tips yang bagus mengenai perkahwinan buat pengantin baru,pengantin lama juga bakal -bakal pengantin jom kita tengok kekawan...

1-Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama
keluar berjalan berdua-duaan,beriadah dan mandi bersama.

2-Galakkan isteri tidur di atas lengan suami.
Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah
 kanan suami ketika berjalan.

3-Jaga agar mulut tidak berbau agar suami sentiasa
mahu berseronok dengan isteri.

4-Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan
suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5-Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk
mengelakkan jemu kepada pasangan.

6-Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan
tenang dalam rumahtangga.

7-Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran cuba ingat kembali
kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung
dan melahirkan anak.

9-Sekiranya berlaku perceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja)
jangan mudah menghalau isteri keluar rumah sebelum habis edah kerana
mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk)

10-Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua
kerana sekiranya rumah tangga menghadapi krisis atau masalah 
ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11-Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada
dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12-Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar
seperti aktif dengan kegiatan persatuan,berpolitik atau
terbabit dengan jualan langsung.

13-Sentiasa berlembut dari segi percakapan,layanan kepada 
pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14-Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding
apabila keluar rumah.

15-Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16-Pasangan tua terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu
tidur dengan cucu dan tinggalkan suami
tidur bersendirian.

17-Sekiranya ada masalah bawalah berbincang.Jangan bertengkar
dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18-Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.Suami disifatkan
seperti matahari sentiasa panas,isteri bulan cantik,lembut dan indah 
dipandang manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya
sebagai penghibur dalam rumahtangga.

19-Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati
muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20-Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak
ibubapatetapi beri mereka pilihan yang sesuai
tetapi sentiasa awasi mereka.

21-Ketua rumahtangga yang bijak sentiasa ada perancangan
jangka panjang untuk ahli keluarganya.Sama ada
dari segi kewangan,pelajaran dan tempat percutian.

22-Keluarga Islam pastikan sekurang-kurangnya dua waktu 
solat berjemaah bersama-sama ahli keluarga untuk 
merapatkan hubungan dan kemesraan.

23-Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui
kehalalannya kerana bermula dari makanan menbentuk
air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Oleh :Asmungi Sidek (Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor)