SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Sepanjang hari kita berpuasa dan dalam sepanjang hari itulah kita harus sentiasa hendaklah mengekalkan kesegaran di sekitaran muka lebih-lebih lagi di bahagian bibir...jom kita tengok bagaimana hendak mengekalkan kesegaran itu sepanjang hari...

1-Bibir Anti Kering
Ambil berat penjagaan bibir.Jangan sampai bibir kering dan
pecah-pecah walaupun sedang berpuasa.

2-Mengapa ketika berpuasa bibir mudah kering?
Kamu kurang minum maka bibir adalah sanggota tubuh yang pertama
menunjukkan kamu kekurangan air.Bibir tidak mempunyai kelenjar minyak dan ianya
tidak dilindungi lapisan pelindung sebab itu bibir mudah kering pada
bulan puasa.

3-Adakah bibir yang kering akan hilang jika dibasahi dengan air liur?
Tidak! menjilat bibir bukan melembapkan lagi bibir malah akan membuatkan bibir
 menjadi semakin kering.
4-Apakah bezanya lip balm dan lip gloss?
Sebenarnya kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu melembapkan bibir
tetapi lip gloss lebih bersifat kosmetik kerana memberikan lebih kesan berkilau pada bibir manakala lip balm lebih berfungsi untuk melembapkan bibir yang pecah-pecah.

5-Sepanjang berpuasa bolehkah kamu memakai lip balm atau lip gloss yang mempunyai rasa buah-buahan?
Sebenarnya pewarna tersebut bukanlah bertujuab untuk kita menjilat bibir merasai 
rasa buah-buahan tersebut tapi ia sekadar memberi bau yang menyenangkan.Jadi kalau kamu takut akan merasanya guna saja lip balm atau lip gloss yang natural tanpa rasa.