SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda: 
"Tidaklah seseorang hamba yang menutup keaiban hamba yang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari Kiamat."-Riwayat Muslim-

Ketahuilah bahawa manusia itu sendiri tidak akan tahu tentang keaiban-keaiban diri mereka sendiri melainkan ditegur atau diberitahu oleh orang lain.Sesungguhnya tabiat manusia itu lebih kurang sama dalam menuruti hawa nafsu.

Setiap suatu sifat yang ada pada orang lain tidak mustahil ada juga pada diri kita sendiri malah kadangkala lebih dasyat dari itu.Sebaik-baiknya telitilah diri kita sendiri dan lihat adakah ianya lebih baik. 

Cubalah membersihkan kecelaan diri kita dahulu daripada mencela orang lain.Ingatlah tiada cara yang lebih utama dari mendidik diri kita sendiri dengan cara begini.Bersihkan hati dan jiwa kita dari membuat perkara-perkara yang tidak perlu.