SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Marilah kekawan kita tengok golongan-golongan orang yang wajib membayar zakat fitrah ini dan juga hukum membayar zakat mengikut waktunya.

Golongan Yang wajib membayar Zakat Fitrah
1-Kewajipan zakat fitrah hanyalah ke atas orang-orang islam sahaja.
2-Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang yang mampu iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya untuk sehari semalam.
3-Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain,maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah ini.

Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya dan di antaranya ialah
1-ibubapa dan anak tidak mampu dan kesemuanya tidak wajib bayar zakat fitrah.
2-ayah mampu, anak tidak mampu dan ayah membayar zakat fitrah untuk anak-anaknya.
3-ayah mampu, anak mampu (biasiswa pendidikan,sudah berkerjaya) dan
masing-masing membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri.
4-ayah tidak mampu, ibu mampu,anak tidak mampu jadi ibu membayar zakat fitrah
hanya untuk dirinya sendiri.
5-ibubapa tidak mampu (tua,telah bersara),anak mampu dan anak membayar zakat
fitrah untuk dirinya dan ibubapanya.

Hukum membayar zakat mengikut waktunya.
1-Waktu wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari keesokkannya.
2-Waktu paling Afdal - sebelum sembahyang Hari Raya Aidil fitri
3-Waktu sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
4-Waktu makruh - Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari 1 syawal.
5-Waktu haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal.

Cara membayar zakat fitrah.
1- Kaunter lembaga zakat
2-Kaunter bank atau online
3-Pejabat pos
4-Sistem pesanan ringkas(sms)
5-Mesin ATM

p/s jom tunaikan tanggungjawab pada diri dan tanggungan kita...