SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Hari kedua berpuasa mama dah bertolak balik semula ke Johor Baharu...selepas bersahur bersolat n bersiap-siap untuk bertolak..sedih juga nak meninggalkan anak mama yang sedang sarat mengandung tu tapi nak buat macam manakan terpaksa jua dilangkahkan kaki ini..

Tapi tak apalah hari raya nanti along akan balik ke Johor juga untuk bersalin..sekejap jer masa berlalu dan dah nak beranak anak mama ni n tak lama lagi jadi la grandmama yer...kami mulai bertolak dari Rawang jam 9.30 pagi dan sampai ke Johor lebih kurang pukul 2.30 petang..

Bulan puasa nak berhenti makan pun tak boleh jadi teruskan jer perjalanan dan hanya berhenti sekejap di perhentian Yong Peng sebab masing-masing berhajat untuk melepaskan apa yg sepatutnya...selepas itu mama mengambil alih tugas sebagai pilot gantinya sebab hubby dah mula merasa keletihan...

Petang hari kedua berpuasa, kami hanya menyediakan makanan yang simple jer menunya untuk berbuka puasa dan inilah hasil kerjatangan mama walaupun kepenatan...
Nasi Daging dan Paprik Daging je sebab mama dah keletihan memandu dari perjalanan yang jauh tu...

inilah paprik yang sempat disnap.. nasi pula tak sempat nak ambil sebab dah masuk perut baru teringat nak amik gambonya...


p/s mama nak masuk dapur...