Assalamualaikum..
Semua orang islam adalah bersaudara dan usahlah rasa terbuang dan tersisih kerana ikatan agama itu lebih kuat mengikat diri andai kita hayati pegangan sebagai orang islam.
Disebabkan itu umat islam digalakkan supaya hidup bersatu padu dan harmoni kerana ini merupakan kunci kekuatan ummah.Jauhilah sikap benci membenci dari hasad dengki kerana itu akan memberikan gambaran perpecahan dan kemunduran.
Kuatnya ikatan kasih kerana agama sehingga kita sanggup berkorban untuk saudara seagama,kita akan rasa sakit andai saudara kita disakiti dan kita akan rasa pedih andai saudara kita di hina.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang,ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad,apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit"
(Riwayat Muslim)
10 Comments
orang sekarang jangan kata saudara seagama.. saudara darah daging sendiri pun ada yang dibuangnya...
ReplyDeletesetiap umat islam itu adalah bersaudara.... kan3x...
ReplyDeletebtl tu mama.. bwrbuat baiklah kita sesama islam ni. buanglah segala perasaan benci dan hasad dengki dlm diri tu.
ReplyDeleteSaalm...
ReplyDeleteBetul tu..kita semua bersaudara..
tapikan..agak risau dengan keadaan masyarakat skrg..ada yg sanggup bermusuhan,dengki khianat dan macam2 lagi yg berlaku...
Semoga Allah lindungi..
betul tu..tapi knapa ada yg bergaduh sesama islam??
ReplyDeletecubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa. kalau camtu kena check balik apa yg tak kena ngan diri kita :)
ReplyDeletemarilah kita eratkan silatulrahim.......
ReplyDeletetapi sekarang nie lebih ramai yang suka menjatuhkan satu sama lain walaupun seagama..ermmm..
ReplyDeletekuatnye Islam tapi skrg, adek beradek pun gaduh, inikan pulak sesama Islam.
ReplyDeleteorang sekarang jangan kata saudara seagama.. saudara sedarah pun bermusuh..
ReplyDeletePost a Comment