Assalamualaikum...
Sebagai seorang ibu di sini mama ingin memberikan sedikit nasihat pada anak-anak yang akan melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi di Malaysia ini agar jangan terjerumus dengan kejutan budaya di kampus...bukan semua yang akan mengalami kejutan budaya begini tetapi hanya segelintirnya saja oleh itu berhati-hatilah anak-anak muda semua...jauhilah perkara-perkara yang akan merugikan kita...
Bagi mereka yang selama ini agak terkongkong dan kurang terdedah dengan gaya hidup di kota, tempoh masa ini adalah sangat kritikal...mereka akan mudah mengalami kejutan budaya yang drastik...masing-masing akan melakukan tuju hala mereka sendiri dan jika tidak dapat menahan diri pasti akan bebas melakukan kesalahan dan tersilap langkah kebebasan itu akan memakan diri sendiri.
Kawan juga salah satu sebab kenapa seseorang itu berubah dan mengalami kejutan budaya bila berada di kampus...pilihlah kawan-kawan yang baik tingkah lakunya supaya dia akan dapat membantu kita bila kita di dalam kesusahan dan akan menunjukkan kita jalan yang elok dan sempurna.
Kawan juga salah satu sebab kenapa seseorang itu berubah dan mengalami kejutan budaya bila berada di kampus...pilihlah kawan-kawan yang baik tingkah lakunya supaya dia akan dapat membantu kita bila kita di dalam kesusahan dan akan menunjukkan kita jalan yang elok dan sempurna.
Penting mahasiswa dan mahasiswi ini sentiasa mengingati arah tujuan asal mereka menjejakkan kaki di menara gading...semasa belajar janganlah leka dengan kekasih,ingatlah selalu pesan ibubapa kita...tak salah untuk bercinta tetapi janganlah sampai mengabaikan harapan ayah dan ibu di kampung yang sangat berharap dapat melihat anaknya berjaya memegang segulung ijazah dan akan berjaya mendapat pekerjaan yang baik pada suatu hari nanti...Semoga adik-adik yang akan menempuhi alam baru nanti akan sentiasa ingat segala pesanan ibubapa mu...
21 Comments
betul dah tu nasihat mama...kalau tersilap pilih kawan susahlah nanti...
ReplyDeletealhamdulillah masa di kampus saya kurang dipengaruhi. walau pun tinggal di negara orang.. saya tengok akhlak mereka sangat baik..bukan tak ada yang tak baik..tapi rasanya diorang tu ramai yg skema pegi kuliah utk study walau pun pesennya macam yakuza je masing2..hahaha...
ReplyDeletenasihat yg sgt berguna ni mama.. mmg benar pemilihan kawan yg betul adalah amat penting. kenalah pandai memilih kawan dan menjaga diri dari kejutan budaya yg baru.
ReplyDeleteSangat-2 betol. Sya pon akan lanjutkan pelajaran tk lame lagi. InshaAllah tak akan lalai dengan tujuan yg sebenarnye :))
ReplyDeleteAaha betul tuh mama....da kolej saya bca kejutan budaya..haha...sbr ja lah ngn dorg!..nak nsihat pun cm xbrni...hehe
ReplyDeleteduduk jauh dr keluarga kene pandai jaga diri..pndiai pilih kawan. jgn cept sgt nk ikut kwan..
ReplyDeleteatas diri sndiri jugak
yg penting jgn salahgunakan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi dgn melakukan perkara2 yg sia-sia :)
ReplyDeletemasuk ipt kena la belajr. jangan asik main je
ReplyDeleteSngat setuju dengan Mama. Especially bab kawan. Itu adalah satu faktor yang banyak mempengaruhi remaja.
ReplyDeletejangan salah pilih kawan je.. kalau tersalah pilih kawan, memang habis lah
ReplyDeleteItulah risau tgk dgn mereka yg terjebak dan culture shock ni nauzubillah
ReplyDeleteBahaya.Harap2 sy xmacam tu , yang pasti keimanan di bawa ke mana sahaja.Insyaallah.
ReplyDeletebetul tu mama.nak2 budak2 yg dtg dari kampung..ape yg penting kne jage diri kan
ReplyDeletepoint paling penting: PILIH KAWAN YANG BAIK2. lebih2 lg zaman skang ni bnyk sangat pengaruh tak baik. sebab tu ilmu agama penting sebagai benteng. biarpun tanpa pengawasan ibu bapa, tp ingat raqib dan atid tak pernah berehat dari buat kerja :)
ReplyDeletesaya dulu masuk program persediaan, macam masuk sekolah asrama je mama.memang tak rasa campus life cam budak uni lain.kelas pagi sampai petang.kena pakai kemeja siap ngan tali leher tiap2 hari lak tu.hmmm
ReplyDeleteBetul. Setuju dgn kata2 mama tu. Syg kan jika musnahkan harapan dan impian keluarga. Bukan sikit belanja yg dikeluarkan. Diri sendiri juga rugi.
ReplyDeletesungguh benar apa yang mama pesan tu..memang kalo tak terjaga diri memang boleh hanyut terikut budaya baru tu..
ReplyDeletedkna percaya apa yang mama katakan.. nak tau macam mana seseorang tu, kita kena tengok dengan sape dia berkawan dan cara pergaulan dia..
ReplyDeletebetul tu mama.......
ReplyDeleteramai yg alami kejutan tu....
remy jugak hampir2 jugak dulu........
lebih2 lagi kalau kita nie dari dari keluarga susah dan dari kampung.......
Jangan silap memilih kawan dan pergaulan kita..sokong gan mama
ReplyDeleteye betul silap pilih kawan, mmg abisssss lah.
ReplyDeletePost a Comment